Wednesday, February 27, 2013

Friday, May 11, 2012

(k)

masih gemuk, masih berahang senget, masih tidak makan tauge dan timun, masih tidak siap zine, masih tidak habis baca buku, masih tidak cukup wang, masih main plant v zombie, masih dengar folk punk, masih layan keroncong, masih jiwang, masih belum tamat pengajian, masih gayat, masih bujang, masih hanya minum kopi o buatan sendiri, masih selekeh, masih main chocolatier, masih pelupa, masih sukar dihubungi rakan-rakan, masih tidak tahu main kad hearts, masih kurang pengetahuan am, masih berbicara dengan kasar, masih tidak boleh berfikir dengan pantas, masih mandi lama-lama, masih suka tom gabel,
 masih mengharap atas kebarangkalian,
 masih menuju kebinasaan,

Friday, October 15, 2010

Jenerator

kini wujud dalam bentuk Tumblr.

Tuesday, September 28, 2010

"Harta ini bukan kau yang punya...Harta ini Ahmad Albab yang punya..."

Dear Bobbi,


Life is like a cup of black coffee.


If you take more than two cups,


you're gonna have to fart silently.


Love,

Paul and Sarah

Sunday, September 12, 2010

Selamat

Kali ini, Apak dan Omak sebulat suara berkeputusan untuk tidak pulang ke Perlis memandangkan saudara-mara kami merayakan aidilfitri di tanah suci.

Aidilfitri di Kuala Kubu Bharu bermaksud:
upacara membakar objek-objek bernilai empat puluh ringgit setiap satu,
Perdebatan tentang "air gas botol besar dan air kordial f&n; yang manakah lebih ekonomikal?"
operasi membasuh periuk belanga dan membantu mangsa-mangsa yang tercekik nasi himpit akibat tekak sempit,
hisap rokok dan minum kopi di kedai kopi lama yang enggan menjual pau kerana pau itu tidak dilesenkan jakim,
mencari jodoh di ampangan pertak,
memetik limau bersama Atuk,
apresiasi teknologi HD dan astro bibiyon (bak kata Omak)
dan rantaian perbualan yang absurd misalnya


(ketika kami sekeluarga sedang menonton dokumentari tentang kehidupan laut yang luar biasa besar)

Televisyen: sotong itu, jika direntangkan, akan jadi sepanjang sebuah bas...

Omak: yalah...bas itu banyak...bas yang macam mana...bas Makcik Zakiah ke...




*Untuk pengetahuan umum, Makcik Zakiah ialah seorang pengusaha perkhidmatan bas sekolah yang asing lagi di kawasan perumahan kami.





Tidak kiralah samada kami pulang ke Perlis atau kami sekadar beraya di ibu kota kabus, perkara yang tidak akan berubah ialah:

rutin melawat adik,



dan gejala torpedo tahi yang sungguh menyusahkan.

Friday, September 3, 2010

Surat Cinta Tanpa Nama

 

Ke hadapan Kaldor-Hicks yang jauh di mata dan jauh di hati.

 

Jujur saya katakan saya sangsi dengan kamu dan awalnya saya melihat kamu sebagai suatu justifikasi ciptaan negeri untuk menghalalkan kronisme.

 

Saya sejujurnya mengerti akan hakikat bahawa sekumpulan manusia, sedaya mungkin memerah tenaga untuk memiliki kuasa membeli hanya untuk dikecewakan dengan kehidupan yang mendesak dan memaksa mereka untuk terus tidak punya upaya meskipun keinginan itu ada.

 

Namun mata saya menangkap frasa ‘potensi’ yang kamu canangkan itu kerana barangkali ada ketulusan pada diri kamu kerana ‘potensi’ itu seperti refleksi bahawa kamu belum berputus asa pada kemanusiaan… bahawa kita masih punya ihsan terhadap sesama manusia, bahawa bukan semua orang kaya itu ciptaan yang gagal dan mengecewakan…

Barangkali kamu benar-benar ikhlas dan idealistik dan kamu juga turut menjadi mangsa manipulasi ahli-ahli politik.

 

Justeru kaldor-hicks,

saya cadangkan kita bertemu nanti pada suautu masa bilamana saya tidak dirantai waktu dan saya akan mencari kamu dan mengenali kamu di sudut-sudut kehidupan yang mendesak kerana menurut pembacaan saya, hidup yang menduga itu hidup yang paling punya makna…

 

Nantikan saya…

 

Tata.

Friday, August 27, 2010

Basi

 

Manap membatu, enggan terjebak dalam perdebatan itu. Panggilah dia pengecut, skeptik, atau kote kecik, Manap sudah tidak peduli.

Kerana di hujung jalan itu, Manap pasti, terlalu pasti bahawa kebenaran itu akan jadi tidak lebih dan tidak kurang daripada sebuah jenaka.

Apalah sangat egonya itu kalau dibandingkan dengan kemusnahan yang Manap boleh ciptakan dan Manap amat pasti, sekiranya perkara itu berlaku, keadilan hanya akan wujud dalam cereka Nolan.

Mujurlah Manap mencintai muzik punk,

kerana punk itu soal hati dan perasaan.

Saturday, June 19, 2010

coffee, god and cigarettes, that's all that we need~

Sabariah hisap rokok. Tidak terlalu tegar dan tidak terlalu pondan (menghisap rokok yang berbau strawberi misalnya). Sabariah penghisap rokok yang sederhana.


Sabariah tidak seperti gadis-gadis urban yang berpotongan badan menarik tetapi berakal pendek, kerana apabila diajukan soalan sejak bila, dan kenapa, Sabariah tidak akan sekali-kali berkata,

“Omaigod beb, you tak tau ke… i dari sekolah rendah lagi dah smoke…”


Segala-galanya bermula lima tahun yang lalu, Sabariah berasa tertekan kerana kehidupan sehariannya terlalu skema dan selamat. Sabariah tidak merempit, tidak join skinhead dan tidak mempunyai myspace. Tetapi Sabariah tidak tergolong dalam ahli jawatankuasa kebersihan masjid. Sabariah itu sederhana dan sederhana bermaksud membosankan. Justeru pada suatu hari, pada lima tahun yang lepas, Sabariah berkeputusan untuk menghisap rokok, sederhana, tidak terlalu pondan, tidak terlalu tegar.


Pada suatu hari, Osman menerima khabar bahawa Sabariah sudah berhenti hisap rokok. Osman juga hisap rokok, cuma dia tidak suka membelinya.


Osman dan Sabariah sama-sama susah hati, kerana

tanpa Sabariah, Osman tidak bisa hisap rokok

dan

tanpa rokok, Sabariah tidak bisa mengorat Osman

dan

tanpa Osman, dunia Sabariah umpama neraka, hidupnya ibarat layang-layang...

Saturday, June 12, 2010

waltz in abandoned parking lots...

kalau masa berjalan terlalu cepat

atau terlalu lambat

dan membawa kau kepadaku terlalu lekas

atau terlalu lewat

janganlah menyesal

kerana tidak semua kembang merekah di musim bunga

-Firdaus Abdullah, Surat Cinta Tanpa Nama




Selama dua puluh tahun aku hidup, aku tidak pernah sekalipun memiliki teman lelaki.
Tidak pernah sekalipun menggenggam erat tangan manusia yang berlainan jantina ketika melintas jalanraya.
Tidak pernah berkucupan di dalam renyai-renyai hujan.
Tidak pernah menghabiskan masa berjam-jam lamanya berbual dalam telefon.
Selama aku hidup, aku hanya pernah menyimpan perasaan pada tiga orang lelaki.



Yang ketiga itu muncul tiba-tiba dari sudut kehidupan yang paling tidak diduga. Dia tidak mampu bikin tapak tanganku berpeluh, percakapanku gagap dan perutku senak dengan kehadirannya seperti yang pertama. Dia juga tidak mampu menghentikan trafik dengan mejelis rupanya seperti yang kedua. Dia beri aku bahagia dalam bentuk yang baru, bentuk yang lebih mendamaikan.


Ironinya bertambah, buat aku tertanya-tanya apakah dia sememangnya diciptakan untuk aku.
Atau adakah dia sekadar satu bentuk peringatan dari tuhan, bahawa percintaan yang aku inginkan itu terlalu juvenile, tidak realistik, tidak rasional.

..................................................


Tempoh hari bapa saudara aku menghadiri sebuah majlis pernikahan di Johor Bharu. Dia sendiri masih belum menikah walaupun umurnya hampir mencecah separuh abad. Sepanjang tempoh dia membesarkan aku, tidak pernah sekalipun aku lihat dia rapat dengan mana-mana perempuan. Malah, gadis-gadis yang merisik khabar tentangnya ditolak mentah-mentah.


Sehinggalah menjelang hari raya yang lepas, aku lihat perubahan dalam dirinya. Rupa-rupanya hatinya sudah dimiliki seorang gadis yang juga turut menyimpan perasaan padanya.


Dan tempoh hari, dia menghadiri majlis pernikahan gadis itu.


Omak kata, bapa saudara aku gentleman kerana tetap hadir di majlis pernikahan itu walaupun hatinya pasti luluh melihat gadis idamannya di samping lelaki lain.


Seandainya dia bukan lelaki yang rasional dan realistik, pasti sahaja dia telah menghalang pernikahan itu daripada berlaku. Pasti sahaja dia sudah bahagia bersama cinta hatinya itu.

Jadi tuhan, percintaan yang aku inginkan itu tidak keterlaluan bukan?

........................................................


Persamaan aku dan bapa saudaraku ialah faktor masa.

Dia hadir terlalu lewat dalam hidup gadis itu, justeru gagal sehidup semati dengannya.

Aku hadir terlalu lewat dalam hidup lelaki ketiga, kerana dia terlebih dahulu jatuh cinta dengan perempuan yang tidak aku kenali siapa.



Dan dia, seperti watak lelaki yang distereotaip dalam novel-novel cinta, memiliki sekeping hati yang parut lukanya masih belum sembuh dimakan hari.

Monday, June 7, 2010

If love is a labor I'll slave till the end...

Pokok rambutan yang menjadi teduhan aku dan dan Dave Ghrol telah lama Apak tebang. Kini temu janji kami sekadar disaksikan bintang-bintang, enam tali yang sudah berkarat, dan pokok pisang yang jangankan berbuah dua kali, sekalipun tidak pernah.



Kami berbual tentang kehidupan masing-masing, tentang demonstrasi yang tidak aku sertai, tentang kugirannya, tentang muzik punk, dan tentu sekali tentang Foo Fighters...




aku: Sekarang aku dalam mood layan Folk...



Dave: Habislah... Kau dah jatuh cinta!




Watdefak.

Sunday, May 30, 2010

Out Waltzing with the Holy Ghosts

Kurangnya minat tidak menghalalkan sebarang bentuk kegagalan, frasa yang dicanangkan pada aku tanpa gagal. Fak!

Mujur lawatan sambil belajar ke Raincity bersama-sama Cik Nab, Cik Mira dan Saudagar Yas membawa aku enam jam jauh daripada kegagalan itu.

Tidak kira apa yang terjadi, janganlah mencontohi Saudagar Yas yang membuang beg plastik berwarna biru yang disediakan pihak pengurusan kereta api (untuk muntah atau membuang sampah). Membuang beg plastik itu ketika kereta api masih belum bertolak merupakan perbuatan yang amat keji.


Di sini juga aku ingin berterima kasih kepada Cik Nani dan Ibunya kerana sudi mengenyangkan perut kami dengan hidangan yang enak belaka. Tanpa mereka, barangkali Cik Am tidak bisa beramah-mesra dengan beruk-beruk liar di Burmesepool. Tanpa mereka, barangkali Saudagar Yas tidak boleh bercinta dengan Haqim di luar radius kawasan Shah Alam.


Sekalipun lawatan sambil belajar itu agak pendek durasinya, kami telah berjaya mendalami sisi seksual kami dengan melawat Taman Eliathamby.


Cuti sekolah tidak akan dipanggil cuti sekolah tanpa ajakan Dave Ghrol untuk menghabiskan masa bersama-sama. Fogging di dalam kereta bersama kawan-kawan lama ketika kereta meluncur laju di jalanraya kota lumpur sambil irama nikbinjidan berkumandang di stereo, amat membahagiakan. Sekalipun Mahdi terbuang keris sakti di tepi lif, sekalipun kami hampir terkunci di dalam sebuah bangunan kapitalis, semua itu amat membahagiakan.



Sudah tentu Apak dan Omak meradang kerana aku pulang lewat, sekalipun kelewatan itu berpunca oleh majlis baca puisi.

Ya, aku tidak pergi clubbing dan aku tidak menonton glee.

Ya, Cik Nab masih enggan untuk menggegarkan dunia dengan bakatnya.

Dan ya, Cik Yamjal tetap terus memuja kambing,

cuma kali ini kambing-kambing gunung.

Saturday, May 15, 2010

confessions of an economic hit man

Sepanjang hari, Omak membebel tentang bebanan kerjanya.



Pertama, Omak amat tidak berpuas hati dengan calon-calon peperiksaan yang memilih tajuk yang bukan-bukan untuk sesi pengucapan awam, misalnya
"pengalaman saya melihat isteri bersalin"...



Kedua, Omak amat tidak berpuas hati dengan kenyataan yang keluar dari mulut calon-calon peperiksaan ketika berucap, misalnya
"setelah saya belajar menyayangi kucing, saya belajar menyayangi manusia"...



Ketiga, Omak amat sakit hati dengan karangan calon-calon peperiksaan yang gagal menjawab soalan dan gagal mengolah isi karangan dengan baik, misalnya
"cukai GST ialah seperti telur-telur ayam yang diletakkan di dalam banyak-banyak bakul telur..."



Untuk melarikan diri dari tekanan dan beban kerja, Omak berkeputusan untuk menjenguk Atok di kampung. Tempoh hari, niat untuk menjenguk Atok tergendala akibat pilihanraya kecil dan Omak, kali ini telah memilih untuk tidak memilih.



Sewaktu menikmati makan malam bersama Atok dan makcik-makcik dan pakcik-pakcik, Omak lantang mengkritik perbuatan menghulurkan wang untuk memancing undi. Kata Omak, perbuatan tersebut tidak beretika. Aku pula membebel tentang pembaziran lebih kurang enam puluh juta ringgit untuk sebuah pilihanraya kecil.



"kau orang buat apa dengan duit itu? Haram kalau kita makan duit tu!" kata Omak pada adik-beradiknya.



Atok gunakan wang itu untuk membaiki atap rumah. Pak Long gunakan wang itu dengan membeli makanan untuk kucing-kucingnya (frieskies barangkali). Mak Teh gunakan wang itu untuk bayar bil-bil yang tertunggak. Manakala Pak Andak gunakan wang itu untuk mengisi tangki minyak motornya.



Omak, teruja mendengar cerita mereka, telah mengeluarkan satu kenyataan yang bakal memerangkap dirinya sendiri...


"Ish banyak jugak ya! Kalau seorang dapat seratus setengah, kita adik-beradik kumpul duit tu, boleh buat kenduri!"

Wednesday, May 5, 2010

Requiem For a Dying Song

Soleh (bukan nama sebenar), seorang pemuda yang berasal dari Raub, berusia awal dua puluhan, merupakan manusia yang sering ditindas.


Misalnya, ketika semua rakan sekuliahnya saling menumpang kereta untuk menghadiri peperiksaan akhir yang diadakan diluar kawasan kampus utama, Soleh terpaksa berjalan kaki dari blok 47, ke dewan peperiksaan kerana tidak seorangpun dari mereka tergerak hati untuk bertanya tentang mod transportasi Soleh pada hari itu.


Tetapi Soleh (bukan nama sebenar), tidak kisah tentang ketidaksudian mereka kerana sebagai seorang punkers, Soleh berpegang teguh kepada prinsip berjalan kaki seorang diri. Soleh berkata pada dirinya sendiri, seandainya mamat-mamat skinhead tegar mampu berjalan kaki dari Chowkit ke KLCC, dia juga mampu menapak dari blok 47 hingga ke dewan peperiksaan. Ya, Soleh memang menggemari muzik punk. Bagi Soleh (bukan nama sebenar), Green Day dan Sex Pistol merupakan anugerah tuhan kepadanya. Tanpa Green Day dan Sex Pistol, barangkali dia telah makan sampah KFC, monolog Soleh ketika berjalan kaki seorang diri.


Namun seperkara yang Soleh tidak faham mengapa mereka sering menindas dirinya. Soleh amat yakin bahawa dia seorang lelaki yang berbudi bahasa. Malah, Soleh sering berlemah-lembut dalam soal persahabatan. Misalnya, ketika bermain permainan komputer, dan Soleh gagal menumpaskan rakan-rakannya yang turut serta dalam permainan itu, Soleh akan mengambil inisiatif yang mulia seperti menangis. Namun tindakan Soleh bukan bermaksud dia tidak puas hati dengan kemenangan orang lain. Soleh (bukan nama sebenar) berpegang kepada prinsip menangisi dan meratapi kebodohan sendiri.


Barangkali mereka cemburu.
Ya, Soleh amat pasti akan hakikat itu;
mereka semua cemburu padanya, pada kelebihan yang dia ada.


Mereka cemburu kerana kecekalan Soleh bermain permainan komputer telah mengakibatkan seluruh isi rumah sewanya di blok 47, tidak sempat untuk bangun bersahur. Mereka cemburu akan kegagahan Soleh ketika mengangkut tong gas tanpa menaiki lif. Mereka cemburu kerana Soleh lebih hebat dan lebih kacak dari segi rohani dan jasmani.



Pada suatu hari, Soleh (bukan nama sebenar) membuka peti sejuk, dan alangkah terkejutnya pemuda itu apabila mendapati cinta hatinya sudah tidak ada di situ.

Tidak seperti selalu, langit petang kekal cerah dan suasana di blok 47 amat meriah.

Bumi dan seluruh warganya tidak sedikitpun sudi untuk menghulurkan simpati pada Soleh yang kehilangan tempoyaknya.

Friday, April 9, 2010

Puaka Pinggir Paya

Kebinatangan kami nyata wujud,
dizahirkan pada hampir setiap malam selasa.


Kami tanpa belas kasihan telah mereka sebuah penipuan yang amat dahsyat, misalnya:


Cik Mira ingin mengakhiri kehidupannya dengan memecut kereta Omak yang kehabisan minyak, dan lantaran itu, Faola tidak bisa mencapai cita-citanya untuk bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.


Penipuan kami hampir tidak menjadi akibat kebijaksanaan Haqim dalam menganalisa fakta. Kami amat seronok mengenangkan Saudagar Yas turut sama kelam-kabut dalam mengendalikan situasi tersebut. Namun, rancangan kami tergendala seketika akibat serangan ubat julap Cik Jo dan Cik Ab sudah siap sedia untuk mengambil arwah Chuck seandainya dia dibaham beberapa ekor anjing liar di pinggir paya itu.


Berkat tamparan Fatin (tuan punya cerek elektrik), airmata Yamjal, dan teori Proton Saga Mempunyai Central Lock, kebinatangan kami akhirnya menjadi nyata.


Tujuannya hanya satu,

untuk meraikan hari lahir Majni

I will Follow You...

Wednesday, March 24, 2010

Konyaku Jeli dan Barbeku Parti

Saudagar Yas punya rancangan. Saudagar Yas sentiasa punya rancangan.


Hal ini adalah disebabkan Saudagar Yas kurang daya impulsif dalam mengharungi hari-harinya. Tetapi tidak mengapa, kerana doktrin Yasminism yang dipegang oleh Saudagar Yas menuntutnya untuk merancang dan terus merancang.


Setelah beberapa rancangan Saudagar Yas untuk meraikan harijadi Haqim tergendala dan rosak akibat manusia-manusia yang tidak mempunyai kehidupan sendiri, akhirnya, malam tadi,

sebuah acara arson ayam dan sosej telah dilaksanakan di pinggir sebuah paya.


Pada saat itu, Cik Yamjal telah membuat pengakuan yang menggemparkan. Katanya acara tersebut mirip Upacara Korban Kambing dan Hisap Darah Manusia Secara Kolektif yang pernah dihadiri oleh 'rakan'nya. Kata Cik Yamjal lagi, tetamu tidak dibenarkan minum darah hos acara.


Ah sudah, aura syaitan Cik Yamjal semakin ketara. Api semakin marak, seolah-olah semangat neraka sudah bangkit bersama-sama rasa lapar Cik Yamjal.


Upacara arson itu semakin meriah dengan kedatangan kawan-kawan. Malang sekali, balingan telur yang pertama pada Haqim tidak mengena dan Cik Nab terpaksa melakukan pembohongan yang paling besar untuk mengelakkan diri dari serangan Haqim.


Dan kami semua terpesona dengan bihun Cik Lea yang magikal

dan kami semua tertanya-tanya apakah yang telah Cik Mira lakukan terhadap agar-agar berbentuk obsin itu.


Yang pasti, Cik Yamjal semakin nanar kerana ingin membunuh semua penyu

dan KONONnya kekasih gelap Chuck ialah aku.

Friday, March 12, 2010

Saya Sayang Adik Saya

Baru-baru ini ramai sungguh manusia kepatahan hati.


Si Gemok misalnya, sedih bercampur marah melihat keretanya penuh dengan tampalan pelekat Manchester United. Dia tahu hidup ini ada pasang-surutnya, tetapi dia tidak faham mengapa begitu sekali mereka angkuh dan cemburu padanya, atau lebih tepat lagi pada pasukan bola sepak yang diagungkannya.


Bercakap tentang soal cemburu, Saudagar Yas telah memberi syarat yang sungguh ketat kepada Haqim berkenaan hal pemakaian minyak wangi. Proses mencari minyak wangi tersebut sungguh dahsyat. Saudagar Yas juga bermati-matian membuat kek harijadi untuk Haqim sehingga sanggup mengorbankan beberapa ekor beruang berwarna-warni untuk dijadikan hiasan kek.



Berbalik pada soal kepatahan hati, Diknon telah buat aku pening kepala dengan cita-citanya. Diknon, seperti lelaki-lelaki yang tidak suka memakai ubat ketiak, ingin bekerja di tengah laut. Aku susah hati mengenangkan bagaimana Diknon ingin mencari jodoh dan susah hati mengenangkan keseimbangan ekosistem akan terjejas akibat tabiat Diknon yang suka bunuh binatang. OH DEM...



Dan entah apa yang bakal terjadi pada cita-cita murni Diknon itu memandangkan keputusan peperiksaannya tidak seelok yang dijangkakan.


Kerap kali aku katakan pada Diknon, sekeping kertas itu tidak menjanjikan apa-apa.


Diknon, seperti lelaki-lelaki yang suka membeli selipar jamban jenama kapitalis, langsung mengabaikan kata-kata aku.



Sudah lebih dua puluh empat jam setelah keputusan peperiksaan keluar, Diknon tidak bercakap dengan aku.


Dan Si Gemok masih tidak puas hati dengan manusia-manusia yang minat M.U.

Thursday, February 25, 2010

Winning a Battle, Losing the War

Sementara menunggu masa yang sesuai untuk pembedahan, Apak dibenarkan pulang ke rumah.

Aku semakin berat hati untuk kembali ke sekolah.

Seperti minggu-minggu yang lalu, aku gagal menjawab soalan undang-undang perlembagaan dan apabila hidup kau dikelilingi sekumpulan manusia yang mendapat anugerah dekan, perkara-perkara seperti ini amatlah memalukan.

Berkat keizinan Saudagar Yas, aku berjaya ponteng beberapa kelas dan menghabiskan waktu dengan berusaha menjadi peniaga coklat yang paling kaya di dunia. Malangnya, setelah aku berjaya bergelar jutawan coklat, aku masih merasakan hidup aku kurang sempurna.

Pada ketika ini, tidak ada apapun yang bisa bikin aku tenteram dan sempurna.

Lampu-lampu LED di ICT yang membentuk pokok-pokok ala winter sonata buat aku sedih mengenangkan sepasang kekasih yang terpisah di utara dan selatan korea.

Jenaka Chuck dan insiden di atas vespa putihnya, sekalipun buat aku ketawa, tidak mampu pulihkan semangat aku yang hilang tiba-tiba.

Lagu-lagu yang kononnya "ROCK" yang dimainkan sewaktu temasya sekolah itu buat aku sakit kepala dan mual.

Aku khabarkan pada Saudagar Yas berkenaan hal ini. Seperti selalu, Saudagar Yas sentiasa mempunyai jawapan terhadap apa jua kemusykilan.

"Something is always missing because that's life. But if you go after the thing that you think is missing in your life, you'll lose out on other things..."


Saudagar Yas sentiasa benar.

Dan hakikat itu amat aku benci.


Ah, yang penting Saudagar Yas belum pernah pergi ICT...

Sunday, February 14, 2010

My Valentine

Seperti tahun-tahun yang sudah,

aku menyambut hari kekasih bersama Apak.

Cuma kali ini,

Apak tidak mengajak aku pergi memancing di loji kumbahan

atau berjalan-jalan mencari ilham.


Tahun ini, hari kekasih bersama Apak disambut

dengan cara sederhana.

Wayar-wayar itu meragut kebebasannya.

Saturday, February 6, 2010

Skeptik Romantik

Apak suka buat lawak. Misalnya, menyuruh aku menyertai MLM.
Barangkali Apak terlupa yang aku tidak pernah menghantar buku latihan ilmu hisab sewaktu di sekolah menengah dahulu. Formula bagaimana RM 100 dapat digandakan ke RM 8000 tidak ingin aku rungkaikan, tidak berminat dan tidak peduli.

Aku khabarkan pada Apak, Pakcik Zinn sudah meninggal dunia.
Apak lalu bertanya, "Zinn yang mana?"
"Ala, kawan Pakcik Chomsky tu..." balasku penuh ekspresi.
"Oh..."




Seperti Si Gemok yang tersenyum-senyum setiap kali mendengar perkataan Mekdonal, aku juga akan tersenyum-senyum setiap kali mendengar nama kekasih lama aku berkumandang di udara. Kebiasaannya, apabila aku tersenyum-senyum terkenangkan rambut kekasih lama yang indah dikuak semilir petang, Saudagar Yas, Cik Nab, dan Yamjal sering mengeluarkan perkataan kesat, misalnya

"GATAL!!!"


Aku tidak kisah jika mereka rasa tertekan dengan imaginasi aku yang melampaui batas-batas waktu. Yang penting, aku masih merasakan yang Saudagar Yas tidak normal kerana tidak berbomba, Cik Nab tidak mungkin dapat melawan nafsu membeli-belahnya di gedung-gedung kapitalis dan Cik Yamjal masih tidak dapat mengecap keseimbangan kosmos di bahagian dadanya. Hehehehehehehehehehehe :)

Tuesday, January 26, 2010

tua

Sungguhpun kebanyakan dari kami masih belum layak untuk daftar mengundi, sedikit sebanyak erti dewasa telah dapat kami fahami........

Isi rumah kami sering berbicara tentang kasih-sayang, tentang gigit-gigit dan ringan-ringan dan faktor-faktor keghairahan. Aku amat yakin jiran tetangga kami amat susah hati ketika mendengar perbualan kami, bimbang tentang prestasi mereka atau rendah diri dengan bakat mereka sendiri.

Cik Yamjal sudah berjaya memiliki lesen memandu tanpa menghadapi momen cemas, kematian enjin misalnya.

Imej kaki toyol Cik Nab sudah digantikan dengan keghairahannya terhadap tompok-tompok dan belang-belang harimau bintang.

Haqim semakin sibuk dengan politik kampus dan Cik Mira semakin bersemangat tentang kemerosotan ekonomi negara.

Aku telah berjaya membeli periuk belanga.

Dan Saudagar Yas berjaya masak sup su'un dan merasakan rambut pendek itu macam puaka.

Yang pasti, ianya tidak sepuaka rambut Mat Syah.

Saturday, January 16, 2010

We're the last thing on my mind

Menghampiri revolusi...

Hati Shuhada telah dicuri Arifin sebelum tampuk pemerintahan negara bertukar lagi.

Malang sekali Shuhada harus berebut kasih dengan ideologi Arifin.

Arifin selalu hilang, membiarkan Shuhada lemas dengan jejaknya yang semakin kabur.

Sekali-sekala Shuhada temuinya di youtube, di antara lautan manusia yang gagah menongkah arus cecair kimia, atau jika Shuhada lebih bertuah, wajah Arifin dapat Shuhada tatap dengan jelas apabila kamera fokus di bahagian belakang black maria.


Malam-malam Shuhada menangis memikirkan bilakah Arifin akan masuk meminang. Namun dia tidak tahu, Arifin telahpun membeli sebentuk cincin sebulan yang lalu. Malangnya cincin itu terpaksa Arifin gadaikan pada minggu lepas untuk menampung kos pilihanraya kecil.


Shuhada pasrah, cinta pasca merdeka tidak bisa janjikan kebahagiaan.

Shuhada terkenangkan saat dia dan Arifin memberi makan kura-kura di Tasik Shah Alam,

Arifin separa berbisik

"Maafkan aku sayang,

hatiku berbelah bagi antara kau dan ketua pembangkang,"

Wednesday, January 6, 2010

iqra'

Untuk tahun baru, aku tidak mempunyai apa-apa azam. Malah aku tidak pernah mempunyai azam. Satu-satunya azam yang wujud dalam hidup aku ialah bekas kekasih Cik Nab, itupun aku tidak pernah bersua muka dengannya, sekadar mendengar kisah-kisah romantik mereka sahaja.

Walaubagaimanapun, aku ada menyimpan hajat kecil, misalnya ingin ke sekolah dengan lebih kerap.


Dan seharusnya, pakcik itu menjadi sedikit hipokrit ketika menulis buku undang-undang kontrak yang berjilid-jilid itu. Siapalah yang akan tertawan hatinya apabila melihat sebaris ayat dalam pendahuluan topik illegality yang berbunyi,

"this is the more difficult topic in the law of contract..."

Justeru, keinginan aku untuk menjadi rajin pada tahun ini mati bersama-sama noktah pada baris-baris awal pendahuluan topik tersebut.

Wednesday, December 30, 2009

iklan






PROJEK CINTA TERBENGKALAI



akan datang tahun hadapan...

kalau tidak tahun hadapan, pasti tahun berikutnya...

atau barangkali tahun-tahun yang mendatang...

Thursday, December 24, 2009

Conscious Consumer

Seumur hidupnya, dia tidak pernah begitu teruja dengan menjelangnya hari natal. Pelbagai alasan diciptakannya untuk tidak menyambut hari natal.


Sepuluh tahun lepas, sewaktu (bekas) kekasihnya meminta hadiah sempena hari natal, dia khabarkan, orang islam tidak boleh sambut hari natal, khurafat (walaupun dia sendiri tidak faham apakah itu khurafat) dan berdosa besar. Lantaran itu (bekas) kekasihnya itu minta putus.


Tujuh tahun yang lepas, rakan-rakannya di universiti awam tempatan mengajaknya clubbing sempena hari natal. Dia khabarkan dia tidak sambut hari natal kerana dia tidak tahu berbahasa inggeris.


Lima tahun yang lepas, sewaktu sebuah pertubuhan amal katholik mengutip derma di perkarangan pasar seni, dia khabarkan pada mereka, tahun itu encik santa tidak dapat datang ke malaysia kerana di amerika berlaku ribut salji.


Sewaktu dia mengajar di sekolah undang-undang dahulu, dia katakan pada para pelajarnya bahawa stokin-stokin yang bergantungan, biarpun wangi dan bersaiz paling besar, tidak mampu menampung harapan manusia.


Semalam, dia ke kedai serbaguna dan mencuri sepasang stokin dalam saiz yang paling besar. Setelah isteri dan anak-anaknya tidur, dia gantungkan sepasang stokin dalam saiz yang paling besar itu di ruang tamu rumahnya.


Menjelang tengah malam, dia mengintai ruang tamu dari pintu dapur. Dia tersenyum-senyum sendirian apabila memikirkan bagaimana encik santa ingin memikul sepuluh kampit beras dan sepuluh tin susu berformula yang dihajatinya. Berat tu...

Saturday, December 19, 2009

we say things we don't mean~

Menjadi pembantu am rendah kepada bapa sendiri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi bila ruang bekerjanya ialah meja makan yang dipenuhi dengan lauk-pauk yang dimasak oleh Omak. Lebih menyedihkan apabila kau memerlukan sumber inspirasi untuk membunuh kebosanan ketika bekerja, dan bila kau pasang kaset kompilasi kugiran punk dari amerika, pembesar suara di radio buruk itu pecah lalu kedengaran bunyi nyaring ala-ala bunyi mesin pengisar makanan.


Bukan itu sahaja, kau akan jadi lebih sakit hati apabila membaca kes-kes penceraian yang tidak munasabah alasannya.


Misalnya, lelaki itu jatuhkan talak satu pada isterinya kerana anaknya terpaksa mencabut lapan batang gigi susu untuk buat braces. Watdefak...
Ada satu kes penceraian yang berlaku apabila pasangan bergaduh kerana anak mereka ingin menunggang motosikal yang tidak ada road tax. Watdefak...


Kalau kau berani lafazkan talak, beranikanlah diri untuk mengaku dalam mahkamah yang kau sebenarnya sudah jemu mengadap wajah isteri kau yang bertempek dengan bedak sejuk itu. Beranikanlah diri untuk mengaku bahawa nafsu kau tidak dapat dipuaskan dengan senjata suami kau. Beranikanlah diri untuk katakan pada tuan hakim bahawa pernikahan kau dahulu sekadar untuk cukupkan syarat kerana sebenarnya kau menyimpan perasaan pada kaum sejenis kau sendiri.


Ya, manusia-manusia yang kononnya dewasa ini sering menggunakan anak-anak sebagai alasan atau jalan keluar dari perangkap perkahwinan mereka. Mereka ini adalah manusia yang dalam penafian, takut untuk mengatakan bahawa keputusan yang mereka ambil itu adalah untuk kepentingan mereka sendiri, dan bukan untuk kepentingan anak-anak itu.



Sedang aku mengepilkan fail-fail tersebut, aku terjumpa laporan asal kes Saravanan Subashini berkenaan tuntutan hak penjagaan anak mereka. Menurut budak kecil itu,

"ibu beri makan maggi dan mi goreng, abah beri makan nasi ayam."




Barangkali maklumat ini dapat aku gunakan sewaktu menjawab soalan peperiksaan nanti.

Ingin aku jelaskan juga bahawa Apak bukan seorang peguam,

dan Diknon sudah tahu menggunakan perapi rambut...

Alhamdulillah.

Saturday, December 12, 2009

how could you ever let me down?

Setelah sekian lama mereka tidak bersua, pada satu petang yang damai, Bob bertemu dengan Fahmi.

Mereka masing-masing sudah berubah.

Bob sudah mempunyai lemak badan berlebihan, berwajah non-simetrikal dan tidak lagi percaya pada barisan alternatif.

Fahmi sudah memakai seluar jeans skinny, tidak lagi membuat rebonding dan lebih kerap bercakap dalam bahasa inggeris.

Bob senyum pada Fahmi.

Fahmi senyum pada Bob.



Kemudian Fahmi berpaling,

berjalan menuju ke arah seorang gadis yang buah dadanya lebih kecil daripada buah dada milik Bob,

bergigi jongang,

dan percaya bahawa Proudhon adalah sejenis wain merah dari England.



Kata Bob, ini bukan soal cemburu atau dengki.

Bob cuma kurang mengerti,mengapa dia tidak mampu ingat

bagaimanakah rupa dan gaya Fahmi bila lelaki itu benar-benar hepi.

Friday, December 11, 2009

Karaoke & Taraoke

Lima tahun lamanya aku berulang-alik dari Selayang ke Kuala Selangor untuk menjengok Diknon, tidak pernah sekalipun Apak berkeputusan untuk berhenti di tepi jalan di Ijok agar aku dapat bermain bola (walaupun aku tidak minat bola sepak) dan mengejar anak-anak kambing yang sedang meragut rumput. Hanya sekali, perjalanan kami tertunda akibat keinginan Omak untuk membeli bantal kekabu.

Filem itu sangat indah, bila kamera nya cranes up dan shoot ladang kelapa sawit yang tiada penghujung, seolah-olah ingin memberitahu tempat itu tiada jalan keluar.

Aku sungguh malang kerana tidak pernah tahu sisi yang tersembunyi itu.
Dan mereka sungguh malang kerana harus membayar RM 9 untuk filem yang mereka tidak akan hargai sampai bila-bila pun. Barangkali mereka salah masuk panggung atau cerita Razak dan Ahmad sudah sold out pada waktu itu.


Seperti seorang perempuan yang tertawan hatinya pada saat lelaki itu melafazkan "hello," aku juga telah telah kematian enjin sebanyak empat kali setelah lelaki yang luar biasa kacak, berjaket kulit warna koko, dengan suara seraknya, berkata,
"awak, mana boleh keluar simpang macam itu..."

Walaubagaimanapun, teori Yasminisme bahawasanya kematian enjin kereta tidak akan mengakibatkan seorang manusia itu gagal dalam ujian memandu boleh kita pertikaikan. Saudagar Yas memang gemar membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri.


Dan,

seperti keputusan peperiksaan aku,

teater natrah sungguh mengecewakan.

Wednesday, November 25, 2009

bioskop tiga dimensi

Walaupun aku antara manusia di dunia yang tidak gemar bersahabat atau berkawan, kewujudan manusia-manusia seperti Cik Yamjal dan Cik Nab boleh membahagiakan hidup seseorang. Tanpa mereka, barangkali aku tidak bisa bermain salji yang turun dalam panggung wayang dan tidak tahu carla bruni itu pasangan hidup scorsese. Yang pasti, definisi persahabatan ini tidak terlalu cetek seperti yang diukur oleh pakcik pemandu teksi yang hanya tahu bersuka ria dengan bergempa dengan gadis bawah umur dari timur malaysia.

Cerita charles dickens itu tidaklah begitu menakjubkan. Hantu-hantu krismas itu tidak mampu mengganggu hidup kami seperti mana Diknon diganggu oleh masa silamnya.
Diknon pada suatu ketika dahulu ialah seorang pembunuh bersiri yang gagal dikesan jejaknya kerana pola perlakuan jenayahnya berbeza-beza. Misalnya, ikan emas Si Gemok mati akibat overdose makanan, tikus mondok Si Gemok mati kesejukan, dan burung merpati yang dibawa pulang Apak mati akibat terlanggar kipas. Semuanya tampak seperti kemalangan, namun...

Aku tidak boleh menyalahkan Diknon dalam hal ini. Omak barangkali telah mempengaruhi pola perlakuan Diknon. Misalnya, anak kucing yang demam itu mati akibat minum panadol sirap yang diberi oleh Omak. Ya, kita semua punya kisah silam dan ada kisah silam yang masih terus menghantui kita.

Setelah aku pulang dari bersuka ria bersama-sama Cik Yamjal dan Cik Nab, Omak memberitahu ada seekor tikus yang sangat besar tersesat masuk ke dalam rumah kami.

Omak: Mak, tak berniat nak bunuh tikus itu...Mak ingat nak pukul ekor dia saja...

Oh, bak kata Saudagar Yas, "it runs in the family!"

Ya, it runs in the family. We kill animals...

Thursday, November 19, 2009

paddle pop wow! paddle pop yeh! super dupper yummy!








sejak bila tidak wujud

pecahan warna di kaki langit

bila hujan dan cahaya bersenggama?

apa ini amaran

akan

kultur ini telah mati

atau dunia akan lebih indah

begini?

Sunday, November 8, 2009

wrinkled cocks made us happy

Barangkali, disebabkan aku manusia yang belum mempunyai lesen memandu, aku belum lagi mengalami gangguan psikologi sewaktu memandu keluar dari simpang mekdonal. Sekalipun aiskrim sande stroberi tidak mampu memadam api kemarahanku pada saat itu. Saudagar Yas telah menunjukkan skil rempitnya dengan menyagat bahu jalanraya.

Tidak mengapalah, barangkali setelah aku peroleh lesen memandu, aku juga akan buat begitu.

Walaubagaimanapun, diperas ugut oleh seorang makcik yang bermastautin di Batu Caves sedikit sebanyak menggugat keyakinan dan keberanian aku. Dan malang sekali, Enche Zek tidak memenuhi kelayakan untuk mengorat Cik Nab dan Ian Curtis berpendapat bahawa Sharifah Aini lebih bagus daripada Siti Nurhaliza.

Ya, hidup ini memang misteri. Lebih-lebih lagi bila Cik Mira tiba-tiba menjadi ahli bomba untuk melawan zombi-zombi yang muncul dalam mimpi ngerinya. Dan masakan Sharifah Aini lebih hebat dari Siti Nurhaliza?

Namun, adakah ketagihan orgasma akibat kote bergetar dapat dijadikan alasan yang munasabah sekiranya aku gagal kertas kontrak?

Sungguh rhetorical question.

Thursday, November 5, 2009

Siapa kata manusia urban tidak suka sama Siti Nurhaliza? Semuanya hedonis belaka...


(untuk sekian perasaan yang tiada penghujung)






Seperti yang selalu kau khabarkan

"dunia bakal gerhana

kalau kita berpacaran".

Kekasih,

dunia sudah sedia gelap gelita

dan hati mu masih belum bisa

aku tawan.

Tuesday, October 27, 2009

Telah jauh berkelana entah di mana~~

Setelah dihalau oleh sekumpulan guardfathers, kami berkeputusan untuk meneruskan usaha bakar pelita di sebuah kawasan urban dan berekonomi kapitalis. Kami manusia yang tidak banyak pilihan memandangkan tempat-tempat yang lain khabarnya tidak kondusif. Namun, seperti selalu, pada waktu lewat sebegitu aku akan melalui fasa 'peak hour'.

Fasa ini dapat dikesan menerusi beberapa simptom seperti rasa mengantuk tetapi tidak boleh tidur, profaniti berupa seruan yang tidak putus-putus, halusinasi tentang kekasih lama, kecenderungan tercekik karbon monoksida dan yang paling dahsyat sekali ialah keinginan untuk membunuh manusia yang berdekatan. Saudagar Yas misalnya.

Memandangkan bibir ini sudah tidak berdaya untuk menzikirkan nama-nama seperti Bolam, Stephen dan Alcock, bahagia hanya boleh dicapai dengan satu cara iaitu

menyanyi lagu-lagu Siti Nurhaliza yang di release sebelum dia menikah dengan lelaki itu. Pop, balada, irama Malaysia, itu semua tidak menjadi masalah selagi Cik Mira, O.J, dan Tom masih mampu ingat setiap baris lirik nya.

Seperti Saudagar Yas yang ingin bikin genocide pada sekalian siput babi, aku juga mahu langgar lari manusia yang duduk dalam kereta yang dibeli oleh ibu bapa mereka, yang turunkan tingkap dan bukakan pintu, kemudian pasang lagu hardcore dan geduk-geduk bergilir-gilir. Barangkali mereka tidak mempunyai wawasan dan tidak faham konsep konsistensi dalam perjuangan.



Barangkali kekasih lama terlupa untuk mengajar kami tentang cara-cara menangkap belalang dan mencabut rumput di padang permainan. Dan buaian itu terlalu rendah untuk manusia seusia kami.

Barangkali Siti Nurhaliza belum jatuh cinta sewaktu menyanyi lagu-lagu lamanya.


Barangkali jenaka pada jam tiga pagi tidak akan kedengaran begitu kelakar sekiranya dilafazkan pada waktu pejabat.

Yang pasti, siput babi tidak bersalah. Dan, Haqim juga terlalu gemuk untuk menjadi mat rempit.



Aku rasa

aku masih belum bersedia

untuk menginjak ke alam dewasa.

Sunday, October 25, 2009

encik tamborin

tahun-tahun yang lepas

kita biarkan

waktu jadi tuhan

memandangkan kita manusia

yang tidak punya banyak pilihan

aku sangat berharap

kau akan memandangku

sebagai seorang perempuan

yang luka hatinya


akhir-akhir ini

kita tabalkan takdir sebagai raja

menyembah pada suratan

seperti manusia yang putus asa


kalau saja kau tahu

pantai tak berubah

sekalipun air bah

Tuesday, October 13, 2009

siri bercakap seorang diri

Terdapat banyak perkara yang telah aku pelajari sejak akhir-akhir ini.


Antaranya ialah kuasa cinta Cik Nab itu punya lebih banyak kesaktian berbanding sebotol ridsect yang dikendong Saudagar Yasmin untuk menghalang pacat-pacat dari membenamkan gigi-gigi mereka pada kulit mulus wanita-wanita ini. Jangan pandang rendah pada cerita-cerita basi perkhemahan, kalau ditambah satu dua perkataan yang sesuai, sudah bisa jadi karya sastera erotika. Cerita perkhemahan boleh juga jadi tragedi bilamana Cik Yamjal yang teringin benar untuk menunggang babi, tidak mengecap keinganan sendiri.


Hari Sabtu yang lalu, terima kasih pada Pakcik Tukar Tiub, aku bersama Cik Mira telah belajar tentang cara-cara menyeludup buku-buku haram tanpa dihidu pihak berkuasa. Cumanya, buku-buku yang kami baca tidaklah seharam mana. Barangkali cara-cara ini boleh diubahsuai dengan menggunakan subjek yang berlainan. Rokok misalnya. Hal ini adalah disebabkan pada suatu petang yang damai, Omak terjumpa satu helai beg plastik sampah yang berwarna hitam atas almari bilik aku yang berisi kotak-kotak ajaib.


Tiba-tiba mesin masa tidak wujud dan Musim Panas telah membuat aku meratap seribu satu kemungkinan.

Misalnya, bilakah Buzzcocks akan buat aku orgasma?


Dan "hati yang baik sahaja belum tentu boleh menyelamatkan dunia."


Lebih-lebih lagi kalau markah torts rendah dan si kening berkeputusan untuk mengunci kelas.


Pantat.

Saturday, September 26, 2009

Betulkah punk makan sampah atau itu salah satu strategi untuk jimatkan wang?

Pada saat-saat akhir sebelum menjelang lebaran, aku seperti perempuan-perempuan lain harus tunduk pada budaya konsumerisme.

Arah tujunya sudah tentulah pusat membeli-belah terkemuka Selayang Mall.

Tidak seperti perempuan-perempuan cantik dan berpinggang ramping, aku sekadar ditemani Diknon yang tidak henti-henti membebel tentang selipar raya nya yang cekik darah. 79 ringgit, bisa beli bahagia dalam bentuk trial version, bisa buat kau rasa tempias nikmat syurga.


Lalu aku bertanya pada Diknon,
"Selipar cap apa yang kau beli?"
Seperti lelaki-lelaki yang tidak suka memakai deodoran dan gemar membuang surat cinta ke luar tingkap, Diknon menjawab dalam senafas,
"NIKE."


Refleks aku tentunya tolakan maut pada kepala Diknon sambil melafazkan profaniti yang agak intelektual dan bertamadun seperti BONGOK dan KAPITALIS yang diakhiri dengan tanda seru sebanyak tiga kali.


Itulah, perempuan-perempuan seperti aku selalu mendapati sepasang kasut atau selipar yang tersarung pada kaki kami, kalau tidak serupa pastilah sebijik dengan kasut atau selipar yang tersarung pada kaki makcik-makcik bertudung labuh yang sedang beratur di depan tandas stesen minyak Caltex di tepi lebuhraya.

Namun tahukah saudara dan saudari bahawasanya jenama BATA sudah mempunyai outlet di Perancis?

Saturday, September 12, 2009

madah berhelah 4

Pada suatu hari, sewaktu berbuka puasa bersama-sama Apak dan Omak...

aku: aduh, sakit perut!!! Nak berak!!!


Omak: elok-elok berak...


Apak geleng kepala.

Omak gelak-gelak.

Thursday, September 3, 2009

postal rule

Dear love,
You may not know me but I am in love with you.
My name is Bob.
I live in Selayang.
I hate football.
I like arts but I do not know how to draw.
I think money politics is reasonable.
I like poetry but I do not know how to write properly.
I also like punk music.
I find you very attractive although you are not an anarchist.
So when can we meet my dear Fahmi?
With lots of love,
Bob




Dear Bob,
I love football.
I do not like arts.
I do not care about politics.
Poets are losers.
I do not know you.
Your letter sounds creepy.
So stop bothering me.
My name is not Fahmi.
My name is Kalsom.
And by the way,
punk is dead.






Sunday, August 30, 2009

merdeka kah kita

16 September

noktah.

Untuk bebelan selanjutnya, sila ke blog aku yang lagi satu.

Sekian,

harap maklum.

Thursday, August 27, 2009

bargain

Semalam, sidang exco tertinggi POYSOC berpakat untuk memberi kejutan pada Cik Hanna, bersempena dengan ulang tahun harijadinya. Setelah separa terkejut, kami berkeputusan untuk melawat kedai bundle yang berdekatan dengan kedai makan kegemaran kami.


Alangkah ghairahnya hati ini apabila melihat kemeja-t The Who dan Bad Brains tergantung elok di kedai tersebut. Namun sayang seribu kali sayang....

"Hok tu kita tok jua dik, hok tu boh kita punya..." kata abang berambut dreadlock, salah seorang penjaga kedai. Bagaikan melihat ketulan cekodok terakhir yang jatuh ke dalam longkang tatkala hari hujan dan dilanda kelaparan, begitulah yang aku rasakan setelah mendengar penjelasan abang itu. Abang berambut dreadlock itu kasihan padaku yang sudah putus harapan, lalu dia berkata,

"Blongdie minak tok?"
"Tok sangak...kalau dizaing molek, ambo paka jugok..."
"Ok"

Abang berambut dreadlock itu bergegas ke stor kedai. Aku mundar-mandir bersama-sama Cik Hanna di kaunter, melihat seorang pelanggan yang ingin mengubah suai seluarnya. Seorang lagi abang sedang mengambil contact detail pelanggan tersebut, berkata...

"Atah tu, sila tulis nama, dan hobi!"

Aku tergelak-gelak lalu memandang Cik Hanna yang kehairanan.

"Tok kira lah, menyanyi ke, menari ke, jangji, hobi!"

Wajah Cik Hanna masih lagi berkerut-kerut. Dia berbisik padaku,

"Betul ke kena tulis hobi, wa?"
"Takdelah, brader tu main-main je...dia mintak contact detail, tulis la nombor telfon..."


Setelah Cik Mira memilih seluar, dia menghampiri kaunter lalu bertanya pada abang tersebut...

"Bro, kalau seluar besar boleh kecikkan...kalau seluar kecik, boleh besarkan tak?"

"Macam nilah...kala hok kechik nok besar kang,
lebih baik,
paka kaing batik aje!"


Itulah,

Cik Zura hampir habis membaca sebuah majalah ketika menunggu sidang POYSOC memilih pakaian...

Presiden tertinggal kad diskaun kedai tersebut, di Sabah...

Saudagar Yas pula tidak tahan dengan bau kedai bundle...

Cik Am tidak jadi mengubah suai seluar...

Dan Cik Hanna membuat pengakuan,
andai kata dia membeli sesuatu di kedai tersebut,
pasti dia akan menyenaraikan segala hobinya...


Sekian...

Wednesday, August 12, 2009

"saya menang motor!"

Scene 1:

Cik Yamjal menerima tuduhan liar.
Antara tuduhan liar tersebut ialah Cik Yamjal ialah seorang minah rempit yang menggunakan nama Amalina Mentari.
Saudagar Yas yakin bahawasanya Cik Yamjal ialah seorang minah rempit kerana sewaktu mereka sedang membuang waktu bersama-sama, Cik Yamjal sedang sibuk menekan-nekan papan kekunci telefon bimbitnya. Sejurus selepas itu, berkumandang di corong radio, sebuah lagu rempit hasil permintaan daripada individu bergelar Amalina Mentari.
Saudagar Yas yakin Cik Yamjal ialah Amalina Mentari yang meminta lagu menerusi kaedah sms.
Cik Yamjal sungguh tertekan ketika menghadapi tuduhan liar tersebut.
Yalah, manusia mana yang sanggup difitnah sebagai seorang minah rempit?


Scene 2:

Haqim, Cik Mira, Cik Yamjal, Saudagar Yas dan aku keluar makan malam bersama-sama.
Tuduhan liar tersebut semakin menular akibat sifat berani mati Cik Yamjal yang memakai kemeja t hard rock cafe. Bukan itu sahaja, rambutnya juga lurus dan panjang mencecah bahu. Penampilan Cik Yamjal yang sungguh rempit itu disokong pula dengan minatnya yang mendalam terhadap muzik metal. Oh barangkali rempit tidak mendengar Dimmu tetapi bukankah rempit gilakan muzik heavy metal? Bak kata Cik Sapikah, baju-baju band lagenda heavy metal, kebanyakkan dipakai oleh abang-abang burger.

Kalau benarlah tuduhan liar tersebut, Cik Yamjal pastinya seorang minah rempit yang paling hebat di Malaysia kerana berjaya menempatkan diri di sekolah undang-undang Sheffield (betulkah ejaan ini?).

Haqim yang turut yakin terhadap tuduhan liar tersebut bersuara,


"hei rempit, you go to Sheffield by flight or by ride?"



Sungguh rhetorical question....

Tuesday, August 4, 2009

long distance runner

Aku menerima khabar bahawa kelas daripada pukul 2 sehingga pukul 6 petang telahpun dibatalkan.



Beberapa bulan yang lalu, kalau kelas dibatalkan, aku terus naik bas dan menuju ke sentral market untuk tengok lukisan, minum kopi ais dan mencari sumber inspirasi di Ricecooker.



Sayang seribu kali sayang, sekarang aku jarang sungguh buat perkara-perkara yang aku suka buat satu ketika dahulu. Misalnya, bersyair di tepi tingkap....



Aku sudah lupa bila kali terakhir aku tengok lukisan yang aku tidak faham maksudnya, lukis komik kura-kura, tengok wayang sambil duduk atas tikar kubur, memancing ikan di loji kumbahan, tulis puisi jiwang atas buku-buku sekolah....



Radio jepun aku juga sudah rosak, jadi aku juga sudah jarang dengar lagu-lagu yang aku suka...





Sekarang aku juga sudah keliru,



adakah ini tempoh transisi yang sungguh puki



atau aku perlahan-lahan kematian erti?

Friday, July 31, 2009

mera nam he...

Kebelakangan ini rumah aku dimasuki seekor kucing betina yang sangat cantik dan manja. Wajahnya comel.
Warna bulunya agak pelik, tetapi cantik.
Berbelang-belang seperti harimau.
Barangkali dia kucing import.


Omak agak kecewa apabila mendapati kucing tersebut bunting. Omak memang tidak suka kucing betina sebab kucing betina selalu beranak. Omak juga gemar marah-marah pada kucing jantan kerana kucing jantan suka kencing dekat depan pintu rumah aku.

Oleh sebab kucing betina itu luar biasa bersih, aku membuat kesimpulan bahawa dia dipelihara oleh manusia lain, jiran tetangga aku barangkali. Mengenangkan betapa cantiknya kucing itu, Omak membuat keputusan untuk mencuri seekor dua anaknya (kalau cantiklah) setelah kucing betina itu beranak nanti.


Aku panggil kucing itu Belang sebab warnanya berbelang-belang.

Omak panggil dia Lengkong.

Kemudian Omak kata nama Lengkong tidak standard.

Omak cadangkan pula nama Jeli.

Kata Omak, warnanya belang-belang macam kek lapis coklat.

Barangkali nama Kek Lapis Coklat terlalu panjang untuk seekor kucing.

Wednesday, July 29, 2009

oh indahnya~peristiwa~cinta kita di pantai merdeka~~~oh~~~











Yang cantik manis itulah Mek Rina.
Gambar diambil sewaktu majlis pertunangannya tempoh hari.
Tahniah.
Wah...lu sudah tua la...sudah jadi tunangan orang :)

Sunday, July 26, 2009

keunggulan cinta~dari sinar mata~yang bergelora~

Beberapa hari yang lalu, aku menerima khabar yakni sekolah aku ditutup selama seminggu. Semuanya gara-gara selsema babi yang sungguh, misteri itu.

Seperti biasa, aku, Mek Jah dan Mek Rina bersidang di depan rumah kami. Malang sekali Mek Rina mepunyai hal lain dan tidak bisa berlama-lama dengan ahli-ahli kongsigelap yang lain.

Aku berkata dengan penuh semangat pada Mek Jah dan Mek Rina,

"Woi, Ahad malam! Paul's Place! Kontrasosial main!"

Kedua-dua mereka memandang antara satu sama lain.

"Ha yelah! Hari Ahad ye! Kau tak tau lagi ke?" tanya Mek Rina pada aku. Berkenaan Yasmin Ahmad? Itu aku sudah tahu.
Kemudian, dalam senafas Mek Rina berkata,

"Aku nak bertunang!"

....(bunyi cengkerik)....

"Bila?"

"Hari Ahad la..."

....(bunyi cengkerik)....

"Bertunang, sekali dengan family ke bertunang sendiri-sendiri?"

"Kau ingat aku kristian?"



Soalan pertama:

Adakah aku dapat berjoget lambak pada malam Ahad itu?

Jawapan:

Sudah tentu tidak.


Soalan kedua:

Apakah reaksi aku setelah mendengar khabar bahawa Mek Rina akan bertunang?

Jawapan:

Oh, ini tidak boleh didedahkan...

Thursday, July 23, 2009

"dari kanan! cepat...pengsan!"

Saudagar Yas menyertai anggota beruniform kesatria negara. Sekiranya Saudagar Yas tidak menyertai persatuan, dia tidak dibenarkan tamat persekolahan.

Justeru, pada setiap petang Rabu, Saudagar Yas dikehendaki berada di padang kawad dan mendengar komander-komander berbontot ketat (hehehe) memberikan 'hukuman' (arahan). Bunyinya ala-ala begini,

"Abedil!!! Abedil!!! Sedia!!!"

Saudagar Yas terkekek-kekek ketawa kerana tidak faham apa yang dilaungkan oleh komander-komander (berbontot ketat) itu. Saudagar Yas membuat spekulasi bahawa apa yang dimaksudkan oleh komander-komander (berbontot ketat) tersebut ialah

"Begedil!!! Begedil!!! Sedia!!!"

Justeru Saudagar Yas menyimpan cita-cita yang sangat murni.

Saudagar Yas ingin jadi komander.

Saudagar Yas merasakan bahawa, memanggil anak-anak orang 'begedil', sangat menyeronokkan. Saudagar Yas tidak mempunyai kehidupan, maka hiburan dan keinginannnya pelik-pelik belaka. Misalnya, menjadi komander dan memanggil anak-anak orang 'begedil'.


Saudagar Yas yakin dia bisa jadi komander. Walaupun suaranya kecil ibarat doremon tercekik tulang ikan terubuk, dia pasti kecergasan dirinya melayakkannya menjadi komander. Berat badannya ideal, tidak merokok dan Saudagar Yas tidak pancit bila memanjat tangga.




Pada minggu kedua, Saudagar Yas semakin bersemangat untuk berkawad.

"Begedil!!! Begedil!!! Sedia!!!"



Tidak semena-mena, jantung Saudagar Yas berdegup tidak tentu hala.


Dunianya kelam tiba-tiba.

Sunday, July 19, 2009

debat perdana

Omak dan Apak sudah selamat pulang dari mengerjakan umrah. Sewaktu aku mengira berapa biji kurma yang Omak dan Apak borong, Apak bercerita akan pengalamannya sewaktu di tanah suci...

"There, I noticed that my sugar level really, really dropped..." kata Apak penuh semangat.


Apak punya banyak teori. Lebih-lebih lagi setelah Apak menghidap penyakit kencing manis, Apak menguruskan dirinya berdasarkan beberapa situasi hipotetikal.

Misalnya, Apak mengukur paras gula dalam darahnya dengan membilang berapa ekor semut yang bersiar-siar di mangkuk tandas rumah kami. Banyak semut, bermaksud paras gula Apak tinggi. Justeru, Apak akan rajin makan ubat.

Cara lain untuk mengukur paras gula dalam darah ialah dengan memerhatikan buih yang terhasil sewaktu Apak buang air kecil. Banyak buih bermaksud paras gula Apak tinggi. Justeru, Apak akan lebih rajin makan ubat.

Tidak perlu menjalani pemeriksaan paras gula di klinik atau di farmasi berdekatan. Apak percaya pada teorinya itu.



"macam mana tahu gula tak tinggi? Tak ada semut?" tanya aku pada Apak.

"mana ada semut dekat sana!" celah Omak tanpa menunggu jawapan Apak.

"bukan semut la...kencing tu tak banyak buih..."balas Apak.

"mana boleh ukur gula tu dengan buih! kalau dah kencing berdiri banyaklah buihnya! macam buat teh tarik la! makin tinggi makin banyak la buihnya!" bidas Omak bertubi-tubi.



Teori Apak banyak kelemahan.
Hujah Omak juga begitu.
Benarkah di Mekah tidak ada semut?

Monday, July 13, 2009

cintaku bukan di atas kertas~

Asmawi bukanlah seorang lelaki melayu tipikal yang gemar memakai kemeja t berkolar, dan kolarnya sengaja dibiarkan terangkat. Dia juga bukan seorang lelaki konservatif yang hidup di atas ehsan FELDA dan kemudian menghabiskan masa, minum air daun ketum. Itu tidak bermaksud Asmawi mengamalkan gaya hidup sihat ala straight edge.
Cuma Asmawi tidak suka bergantung pada kerajaan pusat untuk memberikannya wang untuk membeli keperluan hidup dan juga barang-barang larangan.
Asmawi suka menganggap dirinya anarkis kota. Alangkah indah hidup ini kalau manusia tidak dibeza-bezakan mengikut pangkat, bangsa dan agama. Undang-undang bermaksud, opresi, salah satu strategi golongan berkuasa untuk mengekang kebebasan peribadi.



Pada suatu hari, sewaktu Asmawi ingin melintas jalan untuk membeli kaset kugiran anarko punk di pasar seni, Asmawi terpandang seorang gadis di tepi jalan. Wajahnya bagaikan disinari cahaya purnama walaupun pada saat itu matahari sedang tegak di atas kepala. Senyumannya bikin Asmawi khayal seketika walaupun ketika itu Asmawi tidak mengambil ganja.

"Saudara, ingin menyumbang pada sekolah pondok kami?" tanya gadis bertudung labuh itu. Ditangannya terdapat risalah tentang sekolah pondok tersebut.

Asmawi sudah tidak kisah sama Emma Goldman. Asmawi juga sudah terlupa nama kugiran anarko punk yang diminatinya itu.


Yang pasti, pada saat itu, degup jantung Asmawi sudah lari tempo...

Thursday, July 9, 2009

love will tear us apart

Bob tidur lena seperti selalu.

Bob juga bermimpi seperti selalu.

Apabila Bob terjaga, seperti selalu Bob akan lupa apa yang dimimpikannya.

Cuma yang pasti, pondok buruk tempat Bob bermastautin sudah rentung dijilat api.

Fahmi tiada di situ.

Bob keliru.

Adakah semuanya mimpi ngeri, atau Bob sudah lupa cara-cara mengenalpasti realiti?


neno neno neno neno neno neno neno neno neno neno~~~~~

Ambulan tersebut berhenti di hadapan Bob.

Sekumpulan anggota paramedik cuba menyelamatkan pondok buruk tempat Bob bermastautin itu...

Tuesday, July 7, 2009

mengapa tidak dibawa telfon bimbit?



jarak ini boleh dirundingkah?
aku ingin minta kurang- tak punya banyak wang- untuk beli tambang- kapal terbang



tak dapat aku kenang kali terakhir aku katakan
erat dakapanmu suntikan imunisasi ku
harapanmu juangku
atau aku tidak pernah berkata begitu?



lupakan ‘kembara seniman jalanan’
lupakan bayaran yuran dan pendaftaran
di waktu-waktu begini
aku harus bertoleransi andai aku bukan
prioriti



pada waktu separa sepi
pada waktu hingar bingar
suara engkau
paling ingin aku dengar

Sunday, July 5, 2009

air dicincang tidak akan putus

Kebelakangan ini aku agak sibuk dan susah hati.
Hal demikian adalah disebabkan Apak dan Omak harus berangkat ke tanah suci pada hari yang sama aku dikerah untuk mendaftar di sekolah. Si Gemok ditugaskan untuk menghantar aku ke sekolah dan menunggu sehingga urusan pendaftaran selesai dan membawa aku terus ke lapangan terbang. Yang paling aku takut sekali ialah kalau-kalau aku tidak sempat untuk berada di sana ketika Omak dan Apak berangkat pergi. Mujur aku dan Si Gemok sempat sampai. Malang sekali, sebaik sahaja Omak bertanya padaku,
"Dah setel pendaftaran?"
sebaik sahaja aku jawab,
"dah..."
Saudagar Yas menelfon aku dan berkata,
"Wa, you have to come back here...you're in trouble..."

Itulah, orang-orang di mawar memang tidak suka sama aku...

------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku, si Gemok, Diknon dan Kurt Koben memerhatikan Omak dan Apak yang nampak ceria pada hari itu. Sepupu aku, Kurt Koben bersuara,
"Mak Teh dah ada gaya nak pergi umrah...tapi Pak Teh nampak macam nak pergi holiday!"
Kami masing-masing berjenaka melihat Apak yang memakai kemeja bunga-bunga yang di masukkan ke dalam seluar, siap berkasut, berkot dan bercermin mata hitam...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ha, dah naik dah!"
"Mana ada!"
"Tu yang kat sana tu apa?! Dah naik dah!"

Setelah Apak dan Omak berangkat, kami membawa Atok melihat kapal terbang dari anjung tinjau. Atok sangat teruja melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. Kemudian Atok melihat kapal terbang yang sedang ditolak tow truck ketika hendak masuk parking. Atok lantas berkata
"Kapal terbang tak ada gear gostan ke?"

Diknon, aku dan makcik aku pulang ke rumah Atok pada keesokan harinya. Setelah minum petang, salah seorang makcik aku ingin pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah Atok. Atok lantas bertanya,

"tomorrow no coming?"
"come...10 o'clock..."
"very good..."
------------------------------------------------------------

Aku dapat tahu, aku bukan sekelas dengan Cik Nab, Saudagar Yas, Cik Yamjal, mahupun dengan exco-exco tertinggi Poysoc. Aku sebatang kara untuk sesi persekolahan kali ini.
Untuk pengetahuan umum, Poysoc ialah organisasi haluan kiri yang diharamkan oleh semua institusi pengajian tinggi.



Kebelakangan ini aku memang sibuk...sangat, sangat sibuk....

Thursday, July 2, 2009

jalan kebenaran

Fahmi berdiri tegak diambang pintu. Dia memandang Bob yang sudah duduk di atas lantai. Bob menangis teresak-esak.

"Sayang, pintu ini tetap akan ada dekat sini. Tidak kiralah aku atau kau, salah seorang daripada kita akan keluar dari sini, ikut pintu ini juga. Tidak kiralah bila, hari ini, esok atau lusa, salah seorang daripada kita akan keluar ikut pintu ini juga."

Mendengar kata-kata Fahmi itu, Bob semakin tersedu-sedan. Dipandangnya Fahmi yang masih belum berganjak dari ambang pintu itu.

"Kenapa kita tidak boleh memilih untuk tidak melepasi pintu itu?" tanya Bob pada Fahmi. Fahmi mengeluh panjang.




"Sayang, rumah kita sedang terbakar...Ramli Bomba pun gagal memadamkan api yang makin marak menyala ini..." balas Fahmi.



Perlahan-lahan tubuh lelaki itu menghilang dari ambang pintu, meninggalkan Bob yang masih percaya rumah mereka masih mampu diselamatkan...

Monday, June 29, 2009

yang terkangkang dan terluka (18SX)

Zaitun tidak lagi ingin jadi robot asmara...


kerana cinta itu punya harga dan dirinya bukan percuma...


selamat tinggal Meon
puki ku bukan lagi untuk batang mu

Sunday, June 28, 2009

kereta api yang dinanti-nanti~penuh pastilah yaw~


dari kiri: Cik Nab si Gadis Letrek, Cik Mira Kisah nya Panjang, aku

gambar diambil oleh Saudagar Yas, penghulu ajaran Yasminisme.

Petang tadi, aku bertemu janji dengan Saudagar Yas dan Cik Nab di Bukit Bintang. Malang sekali Cik Mira tidak boleh menyertai. Setelah sampai di Bukit Bintang, aku menunaikan tanggungjawabku menemani dua orang gadis yang sungguh fashionable, membeli-belah di gedung kapitalis terkemuka, Pavillion. Aku sekadar mentertawakan Saudagar Yas dan Cik Nab ketika mereka sedang mencuba barang-barang perhiasan diri. Maklum sajalah, orang kampung yang selekeh seperti aku tidak reti untuk bergaya seperti mereka yang sudah sedia cantik itu hehehe...

Kemudian kami makan nasi ayam dan melaksanakan hak kami sebagai pengguna di plaza bukit bintang. Masa begitu mencemburui kami. Cik Nab harus menemui kekasihnya di klcc dan Saudagar Yas menemaninya dan terus pulang ke Kajang selepas itu. Aku pula ingin menziarahi kedai Ricecooker yang baru pindah. Dengan penuh ghairah dan keazaman, aku menapak ke jalan berangan, mencari kedai aku dengan niat untuk memborong beberapa buat kaset dan baju. Selang beberapa minit kemudian, aku sampai di hadapan sebuah bangunan yang tersergam indah. Tempat itu bagaikan disuluh cahaya dari syurga, sungguh mendamaikan...

Namun sayang seribu kali sayang, alangkah kecewa hati nurani ini apabila mendapati tanda 'closed' tertepek pada cermin kedai. Seharushnya kedai tersebut beroperasi pada hari Ahad. Barangkali mereka pergi makan....

Dari cermin kedai, aku perhatikan tiada pergerakan manusia di dalam ruangan itu walaupun lampu di dalam kedai masih terpasang. Aku cuba membuka pintu, namun pintu itu dikunci. Aku bawa pergi hati yang hancur luluh itu ke stesen keretaapi yang terdekat.

"ke el sentrel satu."

"dua ringgit seposen."

................................................................

"stesen berikutnya, raja chulan...."

Watdefak?

Pengajaran di sebalik kisah ini hendaklah difikirkan sendiri...

Thursday, June 25, 2009

shafik~mana shafik~dua tiga kucing berlari!

Round 1, fight!

"Tu bukan M.J (bukan nama sebenar) ke?"

"Yelah tu."

"Tengok, Apak kau ada agenda lain ni...aku tau Apak kau ada agenda lain..."

"Nasib baik kita tak berasap..."

"Kan...!!!"

Round 2, fight!

"Aku macam kenal aje kereta tu...Woi Bapak Mamat (bukan nama sebenar) ! Bekas Bapak Mentua aku!"

"Nasib baik kita tak berasap..."

"Kan...!!!"


Aku dan Mek Rina pergi ke tempat yang paling indah di Selayang dengan niat untuk mencemarkan kawasan itu dengan kepulan gas beracun. Malangnya, masing-masing terlupa untuk membawa bahan nyalaan. Justeru, dengan rasa segan silu, aku menapak ke sebuah pondok pengawal sebuah kondominium mewah yang hanya mampu dimiliki para manusia yang memalsukan slip gaji untuk memohon skim pinjaman perumahan atau apa-apa subsidi.

"Angkel, nak pinjam laiter boleh?"

"Angkel tak hisap rokoklah adik...tapi sekejap ya, Angkel carikan..."

Pakcik tersebut menghulurkan sinar harapan padaku. Malangnya, setelah berkali-kali memetik, masih lagi tiada nyalaan. Aku goncang, tiada bunyi, menandakan laiter itu kering tidak berisi. Mek Rina membuat keputusan untuk mencuri laiter budak sekolah yang baru pulang sekolah, kalau tidakpun singgah ke kedai mamak yang selalu aku kunjungi semata-mata untuk...

"Ha, Mus! Kau berhenti jap, aku pergi pinjam laiter dekat Mus Nasi Lemak!"

"Ok!"

"Woi pinjam laiter jap?"

"Kau ni...nak hisap rokok tapi tak ada laiter..." gurau Mus sambil menghulurkan laiter miliknya.

"Babi kau...aku tertinggal la...terima kasih...oh akhirnya!"


Round 3, fight

"Woi itu bukan Leha ke?"

Setelah sekian lama aku dan Mek Rina mencari alat untuk membakar dan terserempak dengan Apak dan Bapak Mamat, kami berjaya mencapai matlamat kami. Namun, setelah matlamat dicapai, kami terserempak pula dengan seorang makcik yang tinggal di kawasan perumahan kami. Makcik Leha (nama sebenar) sedang berada di dalam kereta, ingin membuat pusingan u, seperti kami juga...

"Woi fuck! Sorok! Woi kau rasa dia nampak tak asap keluar dari kereta?"

"ish, tak kot...dia tak nampak kot..."


PIN PIN!!!





Makcik Leha membunyikan hon....

Monday, June 22, 2009

road to ruin

Tanganku memegang kejap pada pengemudi kenderaan itu. Mataku meliar, melihat jauh ke titik fokus yang tidak kelihatan kemudian penglihatan itu jadi semakin pendek, dekat, terhad. Tik, tok, tik, tok, masa merangkak terlalu lambat.
Hijau.
Bagaikan dirasuk entiti ghaib, aku lantas menekan pedal cekam lalu masuk ke gear satu. Pedal minyak aku tekan penuh ghairah lantas bergema deruman sumbang ala jaguar (jaguar?) garang. Brek tangan aku turunkan, lalu bergeraklah kenderaan tersebut seperti perajurit mara ke medan bakti.


Tik, tok, tik, tok, masa merangkak terlalu cepat.


"Ain, beri signal kiri dan berhenti dekat depan sana."
"Ok."
"Sekarang apa kesalahan Ain?"
"Tukar gear salah?"
"Masa keluar simpang tadi, Ain keluar di lorong yang salah. Itu menunjukkan Ain gagal mengawal stereng dengan baik. Bagi saya, pengawalan stereng itu paling penting kalau kita nak bawak kereta."
"Ok."



Persoalan pertama:
sekiranya masa itu merangkak, tidakkah itu bermaksud ianya bergerak perlahan? Bolehkah masa merangkak dengan...cepat?

Jawapan:
Perbandingan yang melampau-lampau amat berguna sebagai hiburan, jadi ya, masa boleh merangkak dengan perlahan ataupun cepat, mengikut had laju yang ditetapkan...



Persoalan kedua:
Adakah aku lulus dalam ujian memandu tersebut?


Jawapan:
.....rhetorical question.....

Saturday, June 20, 2009

madah berhelah 3

Scene 1: (merajuk dan minta dipujuk)

Dave Ghrol pernah menulis pada sahabatnya,


"aku ini hanyalah another pixel dalam monitor kau..."
___________________________________________________________________


Monolog:

Bob berkata pada Fahmi,


"Kau seperti asap rokok yang terhembus ke udara...Ketiadaan mu bikin kacau suasana...

Kewujudanmu mengasyikan, namun membunuhku perlahan-lahan..."


Kemudian Fahmi memetik madah pujangga Jello Biafra,


"You won't get 'i love you baby' or 'suck my weewee' from me..."


Tiba-tiba susuk tubuh Fahmi lenyap begitu sahaja. Bob duduk di atas lantai lalu berkata,


"Ada baiknya hidup ber delusi, daripada terus kepatahan hati..."

Wednesday, June 17, 2009

Latifah dan Nordin

Latifah, berumur 22 tahun, bekerja sebagai guru sandaran dengan gaji yang tidak lumayan. Latifah ingin menikah...

Pilihannya sudah tentulah Nordin, seorang kerani merangkap guru silat merangkap penjual ayam di pasar malam yang sedang mencuri masa untuk memancing ikan untuk mendapatkan duit lebih untuk buat hantaran...

Tetapi duit untuk menikah masih belum cukup, Nordin mempunyai banyak tanggungan dan Latifah pemegang diploma yang enggan sambung belajar walaupun namanya dalam senarai dekan dan Latifah dan Nordin langsung tidak sepadan...Benarkah? Nordin? Latifah? Tidak sepadan?

Nordin itu orangnya susah...Latifah terkenang saat dia mahu makan sate 20 cucuk, Nordin hanya menghulurkan tiga cucuk dan selebihnya diagih-agihkan pada anak saudara Nordin. Padahal bukan Nordin tidak tahu Latifah kuat makan. Itupun Latifah bayar separuh harga. Kemudian Latifah terkenangkan saat mereka menaiki kereta Nordin untuk bertemu janji, namun mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka berada di tengah kota lumpur, ketika matahari sedang tegak di atas kepala dan udara sedang dilanda jerebu, dan Nordin enggan buka ekon kerana ingin jimat minyak...

Latifah mula membayangkan kehidupannya bila dia sah menjadi isteri Nordin nanti...Latifah semakin susah hati. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menekan-nekan pad kekunci untuk menulis mesej pada Nordin.

'Susah ke senang ke, Tifah sanggup hidup dengan Abang...'

Tit, mesej dihantar...

Latifah tersenyum sendirian kerana dia tahu Nordin tidak akan membalas mesej tersebut.



Nordin tiada kredit.

Tuesday, June 16, 2009

Konsultasi dua ekor babi

“you don't need divine intervention

for all the things that you never can face
you don't need good intentions

cause in the end it is all just a waste”
-divine intervention, pennywise




Friday, June 12, 2009

kenangan malam minggu~waktu jalan-jalan~

 

Sewaktu bersiar-siar di Langkawi tempoh hari, Apak, Diknon dan aku membuat keputusan untuk menaiki kereta kabel. Masalah pertama ialah Omak tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja. Masalah kedua ialah aku mempunyai sedikit isu dengan altitud. Diknon bermati-matian cuba meyakinkan aku bahawasanya pemandangan di kawasan itu sangat luar biasa indah.

Demi pemandangan yang luar biasa indah itu dan demi falsafah hidup aku yang kadangkala memaksa aku menjadi impulsive, aku membuat keputusan untuk mentalkinkan isu aku dan altitud itu.

Kepada kawan-kawan yang tidak percaya, yang berikut adalah buktinya…

langkawi 052

710 meter?

langkawi 067

Apak dan Diknon…

langkawi 040

langkawi 064

Tetapi ada beberapa perkara yang menyebabkan aku sedikit tidak puas hati dan juga sedikit musykil…Misalnya….

langkawi 070

langkawi 098

Jalan Dang Wangi dekat Langkawi? Watdefak!

 

Tulah kan, kalau setakat kereta kabel dekat Genting itu aku tak hairan lah hehehehehe:)

Thursday, June 11, 2009

three chords and the truth

A

aku bukan pelari jarak jauh
mahupun jarak dekat
yang teguh pendiriannya
ingin jejak garisan penamat
cita-cita sebegini
bikin aku penat


D

tetapi aku tetap juga
mengikut rentak perlahan mu
yang kadangkala kelihatan
seperti tiada arah tuju
dan sesekali aku memacu langkah
laju dan lebih laju
supaya aku dapat lebih dekat
denganmu


G

aku
tercungap mencari ruang
untuk bernafas
di hati itu