Saturday, December 12, 2009

how could you ever let me down?

Setelah sekian lama mereka tidak bersua, pada satu petang yang damai, Bob bertemu dengan Fahmi.

Mereka masing-masing sudah berubah.

Bob sudah mempunyai lemak badan berlebihan, berwajah non-simetrikal dan tidak lagi percaya pada barisan alternatif.

Fahmi sudah memakai seluar jeans skinny, tidak lagi membuat rebonding dan lebih kerap bercakap dalam bahasa inggeris.

Bob senyum pada Fahmi.

Fahmi senyum pada Bob.



Kemudian Fahmi berpaling,

berjalan menuju ke arah seorang gadis yang buah dadanya lebih kecil daripada buah dada milik Bob,

bergigi jongang,

dan percaya bahawa Proudhon adalah sejenis wain merah dari England.



Kata Bob, ini bukan soal cemburu atau dengki.

Bob cuma kurang mengerti,mengapa dia tidak mampu ingat

bagaimanakah rupa dan gaya Fahmi bila lelaki itu benar-benar hepi.

7 comments:

  1. Bukan ke Proudhon itu anarchist2 mengarut tu?

    Ke aku yang carut.

    Ah setakat Fahmi, abang bawak kereta lagi menarik. Hehe macam lar aku tau..

    ReplyDelete
  2. ha'ah, the french anarchist...

    kalau setakat Fahmi, abang JPJ kentut dia terus terbang hehehehe :)

    A.N.M.J

    ReplyDelete
  3. yamjal,

    a.n.m.j itu nama hip hop aku la hehehehe

    sapikah,

    elitis kan bajet pandai saja...
    lain kali cakap dekat sakti, tidak payah tanya soalan, buat macam aku, duduk diam-diam dekat belakang dewan, kutuk dalam hati, tanya soalan dan jawab sendiri hehehehehe :)

    yang mulia,

    a.n.m.j

    ReplyDelete
  4. Bapak tak boleh blah.

    A.N.M.J

    What happen ain?

    ReplyDelete
  5. ko ckp posing2 ayat belit2, kekdg wat aq xfhm n misunderstanding..tp aq gelak jugak..=)

    ReplyDelete