Saturday, June 19, 2010

coffee, god and cigarettes, that's all that we need~

Sabariah hisap rokok. Tidak terlalu tegar dan tidak terlalu pondan (menghisap rokok yang berbau strawberi misalnya). Sabariah penghisap rokok yang sederhana.


Sabariah tidak seperti gadis-gadis urban yang berpotongan badan menarik tetapi berakal pendek, kerana apabila diajukan soalan sejak bila, dan kenapa, Sabariah tidak akan sekali-kali berkata,

“Omaigod beb, you tak tau ke… i dari sekolah rendah lagi dah smoke…”


Segala-galanya bermula lima tahun yang lalu, Sabariah berasa tertekan kerana kehidupan sehariannya terlalu skema dan selamat. Sabariah tidak merempit, tidak join skinhead dan tidak mempunyai myspace. Tetapi Sabariah tidak tergolong dalam ahli jawatankuasa kebersihan masjid. Sabariah itu sederhana dan sederhana bermaksud membosankan. Justeru pada suatu hari, pada lima tahun yang lepas, Sabariah berkeputusan untuk menghisap rokok, sederhana, tidak terlalu pondan, tidak terlalu tegar.


Pada suatu hari, Osman menerima khabar bahawa Sabariah sudah berhenti hisap rokok. Osman juga hisap rokok, cuma dia tidak suka membelinya.


Osman dan Sabariah sama-sama susah hati, kerana

tanpa Sabariah, Osman tidak bisa hisap rokok

dan

tanpa rokok, Sabariah tidak bisa mengorat Osman

dan

tanpa Osman, dunia Sabariah umpama neraka, hidupnya ibarat layang-layang...

7 comments:

  1. dunhell no good
    m7 yis the bist! :D

    ReplyDelete
  2. oh, kalau versi MAM dia akan pergi jiwang sikit
    Diriku Untukmu Nantikan Hari Indah Lenyapkan Lara
    nantikan, lagu yang akan dimuatkan dalam second album Roshiron... itu pun kalau masih wujud. :D

    ReplyDelete
  3. dunhell berry nice :)

    kejap, kau ambil ayat wan kah?
    hehehehe :)

    ReplyDelete
  4. sampoerna Avolution jangan beli
    ku dah try, tak berapa layan
    better beli sampoerna yang biasa tu!

    itu ayat ku sendiri, ku tak tiru ok!
    ku tulis dekat gambar zaman sekolah
    upload dalam myspace. :)

    ReplyDelete
  5. brutalsolo,

    percintaan mereka tidak bertahan kerana osman mula menghisap rokok daun dan sabariah tidak tahu bagaimana menggulungnya... :)

    ReplyDelete