Thursday, December 24, 2009

Conscious Consumer

Seumur hidupnya, dia tidak pernah begitu teruja dengan menjelangnya hari natal. Pelbagai alasan diciptakannya untuk tidak menyambut hari natal.


Sepuluh tahun lepas, sewaktu (bekas) kekasihnya meminta hadiah sempena hari natal, dia khabarkan, orang islam tidak boleh sambut hari natal, khurafat (walaupun dia sendiri tidak faham apakah itu khurafat) dan berdosa besar. Lantaran itu (bekas) kekasihnya itu minta putus.


Tujuh tahun yang lepas, rakan-rakannya di universiti awam tempatan mengajaknya clubbing sempena hari natal. Dia khabarkan dia tidak sambut hari natal kerana dia tidak tahu berbahasa inggeris.


Lima tahun yang lepas, sewaktu sebuah pertubuhan amal katholik mengutip derma di perkarangan pasar seni, dia khabarkan pada mereka, tahun itu encik santa tidak dapat datang ke malaysia kerana di amerika berlaku ribut salji.


Sewaktu dia mengajar di sekolah undang-undang dahulu, dia katakan pada para pelajarnya bahawa stokin-stokin yang bergantungan, biarpun wangi dan bersaiz paling besar, tidak mampu menampung harapan manusia.


Semalam, dia ke kedai serbaguna dan mencuri sepasang stokin dalam saiz yang paling besar. Setelah isteri dan anak-anaknya tidur, dia gantungkan sepasang stokin dalam saiz yang paling besar itu di ruang tamu rumahnya.


Menjelang tengah malam, dia mengintai ruang tamu dari pintu dapur. Dia tersenyum-senyum sendirian apabila memikirkan bagaimana encik santa ingin memikul sepuluh kampit beras dan sepuluh tin susu berformula yang dihajatinya. Berat tu...

4 comments:

  1. gila besaq harapan..patutla xdapat2..
    hahaXD

    ReplyDelete
  2. am,

    agak la...encik santa sudah tua, tidak larat angkat beras dan susu itu dan keretanya juga tidak muat untuk angkut hadiah tersebut hehehe :)

    amal,

    terima kasih :)

    ReplyDelete