Wednesday, November 25, 2009

bioskop tiga dimensi

Walaupun aku antara manusia di dunia yang tidak gemar bersahabat atau berkawan, kewujudan manusia-manusia seperti Cik Yamjal dan Cik Nab boleh membahagiakan hidup seseorang. Tanpa mereka, barangkali aku tidak bisa bermain salji yang turun dalam panggung wayang dan tidak tahu carla bruni itu pasangan hidup scorsese. Yang pasti, definisi persahabatan ini tidak terlalu cetek seperti yang diukur oleh pakcik pemandu teksi yang hanya tahu bersuka ria dengan bergempa dengan gadis bawah umur dari timur malaysia.

Cerita charles dickens itu tidaklah begitu menakjubkan. Hantu-hantu krismas itu tidak mampu mengganggu hidup kami seperti mana Diknon diganggu oleh masa silamnya.
Diknon pada suatu ketika dahulu ialah seorang pembunuh bersiri yang gagal dikesan jejaknya kerana pola perlakuan jenayahnya berbeza-beza. Misalnya, ikan emas Si Gemok mati akibat overdose makanan, tikus mondok Si Gemok mati kesejukan, dan burung merpati yang dibawa pulang Apak mati akibat terlanggar kipas. Semuanya tampak seperti kemalangan, namun...

Aku tidak boleh menyalahkan Diknon dalam hal ini. Omak barangkali telah mempengaruhi pola perlakuan Diknon. Misalnya, anak kucing yang demam itu mati akibat minum panadol sirap yang diberi oleh Omak. Ya, kita semua punya kisah silam dan ada kisah silam yang masih terus menghantui kita.

Setelah aku pulang dari bersuka ria bersama-sama Cik Yamjal dan Cik Nab, Omak memberitahu ada seekor tikus yang sangat besar tersesat masuk ke dalam rumah kami.

Omak: Mak, tak berniat nak bunuh tikus itu...Mak ingat nak pukul ekor dia saja...

Oh, bak kata Saudagar Yas, "it runs in the family!"

Ya, it runs in the family. We kill animals...

6 comments:

  1. Haha scorsese. Mengamuk pakcik sarkozy.

    Aku akan bercerita kepada generasi akan datang mengenai kisah panadol syrup itu.
    Haha buat short story pun best.
    ;p

    ReplyDelete
  2. sarkozy kah? patutlah macam pelik saja aku dengar scorsese hehehehe :)

    mak aku masih tidak mahu mengaku dia bunuh binatang hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Poor animals..
    Tho cara membunuh mereka sungguh kreatif!

    ReplyDelete
  4. itulah, Omak dan Diknon agak kreatif dari segi pembunuhan binatang-binatang...tidak seperti Apak dan Si Gemok yang guna cara konvensional, misalnya, gilis atau langgar anak-anak kucing yang tidur atas tayar kereta atau tidur bawah kereta...
    aku seorang sahaja yang belum bunuh binatang, walaupun aku tidaklah suka sangat binatang ini.

    ReplyDelete
  5. wah..

    hanya itu mampu diperkatakan.

    ReplyDelete
  6. ben, bukan kau seorang saja yang tahu genocide hehehe :)

    ReplyDelete