Tuesday, August 4, 2009

long distance runner

Aku menerima khabar bahawa kelas daripada pukul 2 sehingga pukul 6 petang telahpun dibatalkan.



Beberapa bulan yang lalu, kalau kelas dibatalkan, aku terus naik bas dan menuju ke sentral market untuk tengok lukisan, minum kopi ais dan mencari sumber inspirasi di Ricecooker.



Sayang seribu kali sayang, sekarang aku jarang sungguh buat perkara-perkara yang aku suka buat satu ketika dahulu. Misalnya, bersyair di tepi tingkap....



Aku sudah lupa bila kali terakhir aku tengok lukisan yang aku tidak faham maksudnya, lukis komik kura-kura, tengok wayang sambil duduk atas tikar kubur, memancing ikan di loji kumbahan, tulis puisi jiwang atas buku-buku sekolah....



Radio jepun aku juga sudah rosak, jadi aku juga sudah jarang dengar lagu-lagu yang aku suka...





Sekarang aku juga sudah keliru,



adakah ini tempoh transisi yang sungguh puki



atau aku perlahan-lahan kematian erti?

5 comments:

  1. ternampak seorang yang rindu pada silam. silam pada masa.

    ReplyDelete
  2. Aku pergi Tanchap hari tu, aku menguap. Dalam blog, aku merepek. Going out with random people until I confuse the hell outta myself.

    We all have our phases, Wa.

    ReplyDelete
  3. tehOnipis dan sapikah,

    itulah, aku sangat berharap semua ini adalah sementara sahaja...

    ReplyDelete
  4. pancing ikan kt loji kumbahan???!!
    wowowo..

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    aku pancing sahaja, tidak makan ikan itu :)

    ReplyDelete