Monday, July 13, 2009

cintaku bukan di atas kertas~

Asmawi bukanlah seorang lelaki melayu tipikal yang gemar memakai kemeja t berkolar, dan kolarnya sengaja dibiarkan terangkat. Dia juga bukan seorang lelaki konservatif yang hidup di atas ehsan FELDA dan kemudian menghabiskan masa, minum air daun ketum. Itu tidak bermaksud Asmawi mengamalkan gaya hidup sihat ala straight edge.
Cuma Asmawi tidak suka bergantung pada kerajaan pusat untuk memberikannya wang untuk membeli keperluan hidup dan juga barang-barang larangan.
Asmawi suka menganggap dirinya anarkis kota. Alangkah indah hidup ini kalau manusia tidak dibeza-bezakan mengikut pangkat, bangsa dan agama. Undang-undang bermaksud, opresi, salah satu strategi golongan berkuasa untuk mengekang kebebasan peribadi.



Pada suatu hari, sewaktu Asmawi ingin melintas jalan untuk membeli kaset kugiran anarko punk di pasar seni, Asmawi terpandang seorang gadis di tepi jalan. Wajahnya bagaikan disinari cahaya purnama walaupun pada saat itu matahari sedang tegak di atas kepala. Senyumannya bikin Asmawi khayal seketika walaupun ketika itu Asmawi tidak mengambil ganja.

"Saudara, ingin menyumbang pada sekolah pondok kami?" tanya gadis bertudung labuh itu. Ditangannya terdapat risalah tentang sekolah pondok tersebut.

Asmawi sudah tidak kisah sama Emma Goldman. Asmawi juga sudah terlupa nama kugiran anarko punk yang diminatinya itu.


Yang pasti, pada saat itu, degup jantung Asmawi sudah lari tempo...

3 comments:

  1. get yourself a chatbox!
    susah tol nak comment kat sini...

    "undang-undang bermaksud, opresi, salah satu strategi golongan berkuasa untuk mengekang kebebasan peribadi"

    but you're a future lawyer???

    ReplyDelete
  2. aku tidak tahu bagaimana hendak dapatkan chatbox hehehe:)
    i guess that's the point of reading law...the legal system sucks, laws have become the 'permissible' means of oppression...So when you become part of the system, you have better chances to change the system, kan?
    aku baru part 1, masih terlalu awal untuk bergelar future lawyer hehehe:)

    eh, chatbox itu free ke?

    ReplyDelete
  3. lol
    of course chatbox free...kalau tak pun shoutbox...
    kau google je nanti jumpa la...

    ReplyDelete