Thursday, July 23, 2009

"dari kanan! cepat...pengsan!"

Saudagar Yas menyertai anggota beruniform kesatria negara. Sekiranya Saudagar Yas tidak menyertai persatuan, dia tidak dibenarkan tamat persekolahan.

Justeru, pada setiap petang Rabu, Saudagar Yas dikehendaki berada di padang kawad dan mendengar komander-komander berbontot ketat (hehehe) memberikan 'hukuman' (arahan). Bunyinya ala-ala begini,

"Abedil!!! Abedil!!! Sedia!!!"

Saudagar Yas terkekek-kekek ketawa kerana tidak faham apa yang dilaungkan oleh komander-komander (berbontot ketat) itu. Saudagar Yas membuat spekulasi bahawa apa yang dimaksudkan oleh komander-komander (berbontot ketat) tersebut ialah

"Begedil!!! Begedil!!! Sedia!!!"

Justeru Saudagar Yas menyimpan cita-cita yang sangat murni.

Saudagar Yas ingin jadi komander.

Saudagar Yas merasakan bahawa, memanggil anak-anak orang 'begedil', sangat menyeronokkan. Saudagar Yas tidak mempunyai kehidupan, maka hiburan dan keinginannnya pelik-pelik belaka. Misalnya, menjadi komander dan memanggil anak-anak orang 'begedil'.


Saudagar Yas yakin dia bisa jadi komander. Walaupun suaranya kecil ibarat doremon tercekik tulang ikan terubuk, dia pasti kecergasan dirinya melayakkannya menjadi komander. Berat badannya ideal, tidak merokok dan Saudagar Yas tidak pancit bila memanjat tangga.




Pada minggu kedua, Saudagar Yas semakin bersemangat untuk berkawad.

"Begedil!!! Begedil!!! Sedia!!!"



Tidak semena-mena, jantung Saudagar Yas berdegup tidak tentu hala.


Dunianya kelam tiba-tiba.

6 comments:

  1. sape pengsan ni?

    ReplyDelete
  2. bontot ketat...tidaklah boring ketika kawad hehehe:)

    Min pengsan, darah rendah barangkali...

    Cik Yasmin janganlah marah hehehehe:)

    ReplyDelete
  3. abedil!!abedill!!komander pon org..jd x mustahil klau pengsan..kesimpulannya..mungkin yasmin nnti akan jd komander yg berwibawa..

    ReplyDelete
  4. jap aku tak faham...
    sapa yas?kau ke?

    ReplyDelete
  5. Am, sesungguhnya komander memang manusia dan tidak mustahil pengsan sewaktu kawad. Walaubagaimanapun...Yasmin sebagai komander...sangat sukar untuk aku bayangkan hehehehe:)

    Arif, Saudagar Yas itu kawan aku di sekolah shah alam ini :)


    Min, jangan marah a...hehehe:)

    ReplyDelete