Friday, September 3, 2010

Surat Cinta Tanpa Nama

 

Ke hadapan Kaldor-Hicks yang jauh di mata dan jauh di hati.

 

Jujur saya katakan saya sangsi dengan kamu dan awalnya saya melihat kamu sebagai suatu justifikasi ciptaan negeri untuk menghalalkan kronisme.

 

Saya sejujurnya mengerti akan hakikat bahawa sekumpulan manusia, sedaya mungkin memerah tenaga untuk memiliki kuasa membeli hanya untuk dikecewakan dengan kehidupan yang mendesak dan memaksa mereka untuk terus tidak punya upaya meskipun keinginan itu ada.

 

Namun mata saya menangkap frasa ‘potensi’ yang kamu canangkan itu kerana barangkali ada ketulusan pada diri kamu kerana ‘potensi’ itu seperti refleksi bahawa kamu belum berputus asa pada kemanusiaan… bahawa kita masih punya ihsan terhadap sesama manusia, bahawa bukan semua orang kaya itu ciptaan yang gagal dan mengecewakan…

Barangkali kamu benar-benar ikhlas dan idealistik dan kamu juga turut menjadi mangsa manipulasi ahli-ahli politik.

 

Justeru kaldor-hicks,

saya cadangkan kita bertemu nanti pada suautu masa bilamana saya tidak dirantai waktu dan saya akan mencari kamu dan mengenali kamu di sudut-sudut kehidupan yang mendesak kerana menurut pembacaan saya, hidup yang menduga itu hidup yang paling punya makna…

 

Nantikan saya…

 

Tata.

4 comments:

  1. takda cinta2 pun, patutnya bawah sekali letak lah
    "p/s: i love you"
    hahaha. :D

    ReplyDelete
  2. suka hati akulah nak tulis apa
    hehehehehe :)

    ReplyDelete
  3. orang nak bergurau pun tak boleh
    fine
    saya minta maaf, f.

    ReplyDelete
  4. aku pun bergurau juga bongok...
    kenapa tidak boleh komen di blog kau?

    ReplyDelete