Sekali-sekala bila aku overdose cendol atau air batu, aku akan diserang lelah.
Aku diserang lelah justeru hari minggu yang lepas aku tidak keluar rumah. Lantaran itu aku terlepas acara yang gilang-gemilang.
Acara tersebut ialah baca puisi di Shah Alam. Dave Ghrol menghantar pesanan ringkas padaku. Kata beliau, acara itu sangat menarik.
Pada hari Isnin, aku, Mek Rina dan dua orang lagi rakan sekolahnya pergi ke subang untuk berbincang mengenai projek sekolah mereka. Walaupun aku tidak sehat, aku ikut juga Mek Rina kerana Mek Rina mahu berbincang dengan Ian Curtis. Kata Mek Rina, Ian Curtis pernah lepak beberapa kali dengan aku jadi nanti, tidaklah dia segan untuk berbincang soal projek itu. Aku angguk sahaja.
Ya, kami orang kampung tuan-tuan dan puan-puan. Masakan tidak, dua jam telah dihabiskan untuk perjalanan ke subang semata-mata. Kami sesat sampai kinrara, mencari lorong pusingan U sampai sepuluh kilometer dan kami tidak juga jumpa mana-mana balai bomba. Kami tiba di pjs dan bermati-matian yakin bahawa tempat tersebut ialah ss15. Ya, kami memang tidak cool kerana tidak lepak di subang.
Setelah sampai, kami berurusan dengan sekumpulan artis dari subang. Aku diam sahaja sebab lagu mereka pun aku tidak pernah dengar.
Kemudian kami berurusan dengan Ian Curtis. Ian Curtis ingin membantu, tetapi dia juga berat hati mengenangkan beberapa perkara. Sedari awal lagi aku sudah tahu, kugiran-kugiran yang aku suka tidak akan main pakai minus one. Kasihan Mek Rina. Dia benar-benar mahu berjoget lambak, tetapi keadaan ekonomi sekarang langsung tidak mengizinkan.
Ian Curtis beritahu aku bahawasanya joget lambak di Cherating sangat meriah. Pada saat itu, hati kecil aku mencarut dan memaki hamun pengetua sekolah diknon...
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hoi hoi apa ian curtis ni hoi! haha
ReplyDeleteaku pun tak pergi pekan frinjan, uncle meor tersayang dah sound dah cakap dia perform.
aku pergi ber-feng tau di steve aoki instead. LOL
ish tak percaya kah? betul aku jumpa ian curtis hehehehehe:) kesian pakcik meor, dia rindu kau agaknya...
ReplyDeletemacam halloween la mask engko.. huhu
ReplyDelete