Semalam Dave Ghrol datang rumah aku. Dave Ghrol amat kagum dengan peningkatan kerja projek cameron highland mini yang tidak ditaja oleh Mara itu. Seperti juga aku, Dave Ghrol juga tidak suka dengan pokok-pokok bunga dan beliau menyuruh aku memujuk Apak supaya menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. "Buat apa tanam benda yang tak boleh dimakan?" kata Dave Ghrol padaku. Kami menghabiskan masa berbual-bual di bawah bumbung rumah aku sambil minum air kordial limau kasturi yang tidak sedap. Setelah menghabiskan masa bersama-sama, Dave Ghrol berangkat menaiki skuternya. Setelah itu Omak pulang dari kerja.
Omak tidak sihat. Barangkali Atok telah memindahkan kuman kepada Omak sewaktu Atok bertandang ke rumah aku tempoh hari. Atok bertandang untuk berbincang hal ehwal sepupu aku yang mau menikah. Atok juga rajin berjalan untuk mencari barang-barang hantaran. Sampaikan "The foot the sick," omel Atok. Maksudnya, 'Atok sakit kaki'.
"Apak, ayuh ke Cherating cuti ini!" kata aku. "Nak buat apa dekat Cherating?" tanya Apak pula.
"Ada laut!" kata aku. Sebenarnya aku mahu ke show di Cherating, seperti di Terengganu dulu.
"Best jugak, boleh memancing! Tapi tak bolehlah...Adik tak balik!" kata Apak lagi. Aku kecewa.
Diknon tidak boleh pulang untuk cuti sekolah ini kerana sekolahnya akan menganjurkan program ilmiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk 'melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek bla bla bla...' Pegilah mampos!
Dave Ghrol telefon aku. Beliau tanya kalau-kalau aku lapar, beliau ingin membungkuskan Nasi Lemak Mus yang luar biasa enak. Aku kata tidak apa, aku sudah kenyang. Aku masuk ke dapur dan mendapati Gemok sedang bermain PS3. Aku lihat ada kesan kopi tumpah atas karpet. Aku berjalan menuju ke bakul pakaian kotor dan mendapati t-shirt mansuhkan ISA dan t-shirt Kah Roe Shi aku yang berwarna putih suci sudah lencun dengan kesan kotoran air kopi...
PUKIMAK LA KAN!!!
Aku lantas berlari ke arah konsul permainan si Gemok lalu mencabut semua wayar sehingga aku terkena kejutan elektrik seketika kemudian aku berlari ke luar rumah dan menghempaskan konsul tersebut ke atas simen sehingga habis berderai mesin kapitalis itu dan aku lompat-lompat pula atas serpihan konsul itu sehingga tiada lagi cebisan yang dapat diselamatkan hilang semuanya lenyap daripada muka bumi ini dan kalaupun ada cebisan yang tertinggal semuanya bersaiz mikro mini tidak bisa dicantumkan lagi....PS3 itu sudah mati.............
Kemudian
Aku masuk ke rumah
dan mendapati
Si Gemok masih leka bermain PS3 nya itu...
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hehe tular jangan beli t-shirt putih.
ReplyDeleteOrang selalu mencemarkan baju2 putih dengan mengotorkan nye.
:)
oi asal tak hapuskan je mesin kapitalis tu..
ReplyDeletekau ni cerita bukan main gah, tgk2 kau protes dlm kepala je. caya lah ain! nik.
cish, ingatkan betul-betul kau hancurkan mesin itu. ahahhaa!
ReplyDeletexbleh blah 'selaras dengan falsafah pendidikan negara utk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek'
one more thing, adik engko Diknon yang buat esei yang engko bagi tengok hari tu ya?? hahahhaaa!
nik, aku tak sampai hati la pula nak hancurkan mesin kapitalis kesayangan si Gemok tu...ya diknon itulah yang tulis karangan hari itu presiden hehehehe:)
ReplyDelete