OMAK: macam mana kau nak jawab periksa kalau asyik tido aje?!
ya Omak aku memang hebat. kalau aku pasang muzik D-Beat dengan volume paling tinggi pun suara Omak tetap mampu melawan deras dan keras suara vokalisnya. Cuma Omak kalah dengan lantunan vokal makcik sebelah rumah aku yang suka memekik pada dua orang anak daranya seolah-olah mereka dilahirkan tanpa telinga. Mengapakah Omak berkata sebegitu padaku? Adakah hujah Omak tidak berasas?
Barangkali Omak sudah pening kepala memikirkan aku mungkin tak boleh jawab periksa sebab aku tak sihat dan tidak berdaya untuk membaca buku (tetapi aku berdaya untuk berjalan ke c.c. yang berdekatan untuk menulis blog)...Barangkali Omak tidak tahu bahawa manusia biasa masih lagi boleh mencarut walaupun dalam kondisi separa sedar...
dua bijik panadol tidak membuahkan hasil
dua bijik ubat selsema mengakibatkan kebengapan dan sengal-sengal badan
ubat batuk cap ibu dan anak langsung tidak berkesan
ya tepat sekali, minggu depan aku periksa dan buku belum lagi aku baca
tadi Si Gemok asyik suruh buat megi
tadi Apak sibuk dengan projek 'Cameron Highland' mini
Apak memang macam tu, suka mengabdikan diri pada kerja-kerja yang tidak ditaja oleh MARA
aku tahu Apak nak mengelak daripada terjebak dengan lantunan vokal Omak hehehehe...
Berapakah kosnya untuk menjadikan bilik tidur aku kalis bunyi?
Ini ialah cita-cita murahan tapi bakal menelan berkeping-keping not Ringgit...
Tapi kene postpone dulu kot
sebab duit nak pergi Bad Omen esok pon aku tak tau nak cari dekat mana...
ya, minggu depan periksa, badan tak sihat, buku tak baca dah mengada-ngada nak pergi show...
Biarlah, nak buat ubat hehe: )
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment