scene 1:
Nab berkata kepada Yas, "kenapa bilik kitorang last sem cicak tak aktif ha?"
Jawab Yas kepada Nab, "cicak pun takut masuk bilik korang, nanti kene lung cancer."
komen: hiper sinikal
scene 2:
Yamjal: airmata aku tak tau jalan keluar...aku kene tunjuk...
komen: melodrama melayu tipikal
scene 3:
Mira: end of semester, end of money
komen: program realiti telivisi
scene 4:
aku melangkah masuk ke rumah, baru sahaja pulang dari stesen kereta api. Ketika itu Omak sedang berbual dengan si Gemok. Omak memandang aku, tersenyum, lalu berkata
"eh, DUM DUM TAk...baju baru ke?"
hakikatnya t-shirt itu telah aku ulang pakai dihadapannya, banyak kali sampai aku tak terkira.
komen: mangsa propaganda mainstream media
scene 5:
aku balik Kuala Kubu, atok tak sihat, atok ada darah tinggi. Kepada kawan-kawan, atok aku memang ada darah tinggi dalam erti kata yang sebenar, bukan darah tinggi yang dihadapi seorang self-proclaimed sosialis yang suka lepak dekat coffee bean (watdefak?). Aku tak rasa atok seorang sosialis sebab dia pangkah dacing masa pilihanraya haritu. Walaupun atuk aku tak sehat, dia tetap bertegas nak panggil kugiran untuk main masa kenduri kawen sepupu aku nanti. Kugiran pilihan atok tidak lain dan tidak bukan kugiran Ramli Bomba.
komen: suspens/thriller sebab...siapakah itu Ramli Bomba?
closing scene:
Yamjal terus berharap agar suatu hari nanti, babi akan dijadikan kenderaan rasmi Penjara Malaysia. Nab terus mencuba untuk menyebut perkataan 'koyok' se eloquent yang mungkin dan Mira akan terus menjadi pengacara talkshow 'siri bercakap dengan Yas'. Omak akan bertanya sekali lagi apakah itu DUM DUM TAK dan CARBURETOR DUNG dan Atok akan terus mendalami muzik mainan Ramli Bomba (siapakah itu?). Saat masa merangkak melewati genre-genre hidup yang kadangkala bersifat hiperbola, Mahirah datang menghampiri kotak ingatan. Legap silhuetnya, justeru aku amat pasti apa yang dia bakal lakukan...
mahirah: seksi tak bontot i?
komen: tak payah jawab...rhetorical question...
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

mahirah tu aku ke?
ReplyDeleteSaya Bukan Yamjal!!!
ReplyDeleteBenci Ko!!!
ye nik, engkaulah mahirah
ReplyDeletedan ye amal engkaulah yamjal muahahahahahahahaha
K O Y O K
ReplyDeletethat eloquent enough? LOL