Thursday, April 30, 2009

memori daun pisang 2

Dalam kesenggangan waktu, aku sering didatangi seekor kelip-kelip. Kelip-kelip itu masuk ke bilik aku menerusi tingkap tatkala langsir aku terselak luas untuk tujuan pengudaraan. Terlalu banyak gas rumah hijau tidak elok untuk kesihatan. Kelip-kelip itu berwarna putih, seperti kilat di hujung langit Selayang, memancar di belakang rumah-rumah agam di atas bukit BBS seperti marah kepada borjus-borjus itu. Kelip-kelip datang padaku, menghulurkan salam perkenalan...

kelip-kelip: A.Y.A.K?
suaranya merdu sekali seperti suara Greg Graffin baru bangun tidur.
aku: A.K.I.A
kemudian diskusi dan konversasi kami bermula...

kelip-kelip: apa rasanya nasik paprik?
aku: sedap sekali
kelip-kelip: ooo laa...do you know that when a man is reaching his climax, he wont look at you?

aku tergamam seketika mendengar kelip-kelip cakap orang puteh. Kemudian aku angguk.
Kemudian kelip-kelip membebel tentang pakwenya yang kuat merajuk, tentang azamnya untuk menggayakan fesyen feng tau, tentang mimpi basahnya, tentang hari dia membeli tiga puluh biji telur ayam di Mydin Shah Alam. Aneh sekali. Semua yang diceritakan kelip-kelip kedengaran sangat familiar. Kelip-kelip terus membebel sedangkan aku sudah mengantok. Setiap kali aku pejamkan mata, dia akan menjerit menyuruh aku bangun, seolah-olah dia teman sebilikku di kampus dahulu. Kemudian terlintas di fikiranku untuk bertanya sesuatu.

aku: wahai kelip-kelip yang kelakar tetapi menyakitkan hati, siapa nama kau?
kelip-kelip: nama aku Memori, tapi tak ada bin atau binti...tapi bukan gay atau transgender ya,
kita hendaklah anti-homophobia!!!

Memori??? Patutlah....

6 comments:

  1. hahahah..ini cool..

    ReplyDelete
  2. Budak paling baik!May 1, 2009 at 3:04 AM

    Ceh sekarang selalu update blog ek?
    Minah jangan link aku.
    Saya tamau.
    Hehe nanti orang gelak terbahak2 sampai mati.
    Aku xnak jadi serial killer.

    Hehe kelip2 kat selayang?
    Tipu sangat!
    ;p

    ReplyDelete
  3. so this is a fashionable (feng tau, but fashionable nonetheless okayy) KKK kelip-kelip named memory?


    kau ni dah makan nasi paprik banyak sangat ni wa

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha! wa! ia m soo proud that u actually mentioned me. wah...terharu..aku taw kau rindu kitorg kn sbnrnye?? hehe..

    ReplyDelete
  5. anonymous, siapakah gerangan anda? Yasm kah?

    ReplyDelete