Monday, June 29, 2009

yang terkangkang dan terluka (18SX)

Zaitun tidak lagi ingin jadi robot asmara...


kerana cinta itu punya harga dan dirinya bukan percuma...


selamat tinggal Meon
puki ku bukan lagi untuk batang mu

Sunday, June 28, 2009

kereta api yang dinanti-nanti~penuh pastilah yaw~


dari kiri: Cik Nab si Gadis Letrek, Cik Mira Kisah nya Panjang, aku

gambar diambil oleh Saudagar Yas, penghulu ajaran Yasminisme.

Petang tadi, aku bertemu janji dengan Saudagar Yas dan Cik Nab di Bukit Bintang. Malang sekali Cik Mira tidak boleh menyertai. Setelah sampai di Bukit Bintang, aku menunaikan tanggungjawabku menemani dua orang gadis yang sungguh fashionable, membeli-belah di gedung kapitalis terkemuka, Pavillion. Aku sekadar mentertawakan Saudagar Yas dan Cik Nab ketika mereka sedang mencuba barang-barang perhiasan diri. Maklum sajalah, orang kampung yang selekeh seperti aku tidak reti untuk bergaya seperti mereka yang sudah sedia cantik itu hehehe...

Kemudian kami makan nasi ayam dan melaksanakan hak kami sebagai pengguna di plaza bukit bintang. Masa begitu mencemburui kami. Cik Nab harus menemui kekasihnya di klcc dan Saudagar Yas menemaninya dan terus pulang ke Kajang selepas itu. Aku pula ingin menziarahi kedai Ricecooker yang baru pindah. Dengan penuh ghairah dan keazaman, aku menapak ke jalan berangan, mencari kedai aku dengan niat untuk memborong beberapa buat kaset dan baju. Selang beberapa minit kemudian, aku sampai di hadapan sebuah bangunan yang tersergam indah. Tempat itu bagaikan disuluh cahaya dari syurga, sungguh mendamaikan...

Namun sayang seribu kali sayang, alangkah kecewa hati nurani ini apabila mendapati tanda 'closed' tertepek pada cermin kedai. Seharushnya kedai tersebut beroperasi pada hari Ahad. Barangkali mereka pergi makan....

Dari cermin kedai, aku perhatikan tiada pergerakan manusia di dalam ruangan itu walaupun lampu di dalam kedai masih terpasang. Aku cuba membuka pintu, namun pintu itu dikunci. Aku bawa pergi hati yang hancur luluh itu ke stesen keretaapi yang terdekat.

"ke el sentrel satu."

"dua ringgit seposen."

................................................................

"stesen berikutnya, raja chulan...."

Watdefak?

Pengajaran di sebalik kisah ini hendaklah difikirkan sendiri...

Thursday, June 25, 2009

shafik~mana shafik~dua tiga kucing berlari!

Round 1, fight!

"Tu bukan M.J (bukan nama sebenar) ke?"

"Yelah tu."

"Tengok, Apak kau ada agenda lain ni...aku tau Apak kau ada agenda lain..."

"Nasib baik kita tak berasap..."

"Kan...!!!"

Round 2, fight!

"Aku macam kenal aje kereta tu...Woi Bapak Mamat (bukan nama sebenar) ! Bekas Bapak Mentua aku!"

"Nasib baik kita tak berasap..."

"Kan...!!!"


Aku dan Mek Rina pergi ke tempat yang paling indah di Selayang dengan niat untuk mencemarkan kawasan itu dengan kepulan gas beracun. Malangnya, masing-masing terlupa untuk membawa bahan nyalaan. Justeru, dengan rasa segan silu, aku menapak ke sebuah pondok pengawal sebuah kondominium mewah yang hanya mampu dimiliki para manusia yang memalsukan slip gaji untuk memohon skim pinjaman perumahan atau apa-apa subsidi.

"Angkel, nak pinjam laiter boleh?"

"Angkel tak hisap rokoklah adik...tapi sekejap ya, Angkel carikan..."

Pakcik tersebut menghulurkan sinar harapan padaku. Malangnya, setelah berkali-kali memetik, masih lagi tiada nyalaan. Aku goncang, tiada bunyi, menandakan laiter itu kering tidak berisi. Mek Rina membuat keputusan untuk mencuri laiter budak sekolah yang baru pulang sekolah, kalau tidakpun singgah ke kedai mamak yang selalu aku kunjungi semata-mata untuk...

"Ha, Mus! Kau berhenti jap, aku pergi pinjam laiter dekat Mus Nasi Lemak!"

"Ok!"

"Woi pinjam laiter jap?"

"Kau ni...nak hisap rokok tapi tak ada laiter..." gurau Mus sambil menghulurkan laiter miliknya.

"Babi kau...aku tertinggal la...terima kasih...oh akhirnya!"


Round 3, fight

"Woi itu bukan Leha ke?"

Setelah sekian lama aku dan Mek Rina mencari alat untuk membakar dan terserempak dengan Apak dan Bapak Mamat, kami berjaya mencapai matlamat kami. Namun, setelah matlamat dicapai, kami terserempak pula dengan seorang makcik yang tinggal di kawasan perumahan kami. Makcik Leha (nama sebenar) sedang berada di dalam kereta, ingin membuat pusingan u, seperti kami juga...

"Woi fuck! Sorok! Woi kau rasa dia nampak tak asap keluar dari kereta?"

"ish, tak kot...dia tak nampak kot..."


PIN PIN!!!





Makcik Leha membunyikan hon....

Monday, June 22, 2009

road to ruin

Tanganku memegang kejap pada pengemudi kenderaan itu. Mataku meliar, melihat jauh ke titik fokus yang tidak kelihatan kemudian penglihatan itu jadi semakin pendek, dekat, terhad. Tik, tok, tik, tok, masa merangkak terlalu lambat.
Hijau.
Bagaikan dirasuk entiti ghaib, aku lantas menekan pedal cekam lalu masuk ke gear satu. Pedal minyak aku tekan penuh ghairah lantas bergema deruman sumbang ala jaguar (jaguar?) garang. Brek tangan aku turunkan, lalu bergeraklah kenderaan tersebut seperti perajurit mara ke medan bakti.


Tik, tok, tik, tok, masa merangkak terlalu cepat.


"Ain, beri signal kiri dan berhenti dekat depan sana."
"Ok."
"Sekarang apa kesalahan Ain?"
"Tukar gear salah?"
"Masa keluar simpang tadi, Ain keluar di lorong yang salah. Itu menunjukkan Ain gagal mengawal stereng dengan baik. Bagi saya, pengawalan stereng itu paling penting kalau kita nak bawak kereta."
"Ok."



Persoalan pertama:
sekiranya masa itu merangkak, tidakkah itu bermaksud ianya bergerak perlahan? Bolehkah masa merangkak dengan...cepat?

Jawapan:
Perbandingan yang melampau-lampau amat berguna sebagai hiburan, jadi ya, masa boleh merangkak dengan perlahan ataupun cepat, mengikut had laju yang ditetapkan...



Persoalan kedua:
Adakah aku lulus dalam ujian memandu tersebut?


Jawapan:
.....rhetorical question.....

Saturday, June 20, 2009

madah berhelah 3

Scene 1: (merajuk dan minta dipujuk)

Dave Ghrol pernah menulis pada sahabatnya,


"aku ini hanyalah another pixel dalam monitor kau..."
___________________________________________________________________


Monolog:

Bob berkata pada Fahmi,


"Kau seperti asap rokok yang terhembus ke udara...Ketiadaan mu bikin kacau suasana...

Kewujudanmu mengasyikan, namun membunuhku perlahan-lahan..."


Kemudian Fahmi memetik madah pujangga Jello Biafra,


"You won't get 'i love you baby' or 'suck my weewee' from me..."


Tiba-tiba susuk tubuh Fahmi lenyap begitu sahaja. Bob duduk di atas lantai lalu berkata,


"Ada baiknya hidup ber delusi, daripada terus kepatahan hati..."

Wednesday, June 17, 2009

Latifah dan Nordin

Latifah, berumur 22 tahun, bekerja sebagai guru sandaran dengan gaji yang tidak lumayan. Latifah ingin menikah...

Pilihannya sudah tentulah Nordin, seorang kerani merangkap guru silat merangkap penjual ayam di pasar malam yang sedang mencuri masa untuk memancing ikan untuk mendapatkan duit lebih untuk buat hantaran...

Tetapi duit untuk menikah masih belum cukup, Nordin mempunyai banyak tanggungan dan Latifah pemegang diploma yang enggan sambung belajar walaupun namanya dalam senarai dekan dan Latifah dan Nordin langsung tidak sepadan...Benarkah? Nordin? Latifah? Tidak sepadan?

Nordin itu orangnya susah...Latifah terkenang saat dia mahu makan sate 20 cucuk, Nordin hanya menghulurkan tiga cucuk dan selebihnya diagih-agihkan pada anak saudara Nordin. Padahal bukan Nordin tidak tahu Latifah kuat makan. Itupun Latifah bayar separuh harga. Kemudian Latifah terkenangkan saat mereka menaiki kereta Nordin untuk bertemu janji, namun mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka berada di tengah kota lumpur, ketika matahari sedang tegak di atas kepala dan udara sedang dilanda jerebu, dan Nordin enggan buka ekon kerana ingin jimat minyak...

Latifah mula membayangkan kehidupannya bila dia sah menjadi isteri Nordin nanti...Latifah semakin susah hati. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menekan-nekan pad kekunci untuk menulis mesej pada Nordin.

'Susah ke senang ke, Tifah sanggup hidup dengan Abang...'

Tit, mesej dihantar...

Latifah tersenyum sendirian kerana dia tahu Nordin tidak akan membalas mesej tersebut.



Nordin tiada kredit.

Tuesday, June 16, 2009

Konsultasi dua ekor babi

“you don't need divine intervention

for all the things that you never can face
you don't need good intentions

cause in the end it is all just a waste”
-divine intervention, pennywise




Friday, June 12, 2009

kenangan malam minggu~waktu jalan-jalan~

 

Sewaktu bersiar-siar di Langkawi tempoh hari, Apak, Diknon dan aku membuat keputusan untuk menaiki kereta kabel. Masalah pertama ialah Omak tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja. Masalah kedua ialah aku mempunyai sedikit isu dengan altitud. Diknon bermati-matian cuba meyakinkan aku bahawasanya pemandangan di kawasan itu sangat luar biasa indah.

Demi pemandangan yang luar biasa indah itu dan demi falsafah hidup aku yang kadangkala memaksa aku menjadi impulsive, aku membuat keputusan untuk mentalkinkan isu aku dan altitud itu.

Kepada kawan-kawan yang tidak percaya, yang berikut adalah buktinya…

langkawi 052

710 meter?

langkawi 067

Apak dan Diknon…

langkawi 040

langkawi 064

Tetapi ada beberapa perkara yang menyebabkan aku sedikit tidak puas hati dan juga sedikit musykil…Misalnya….

langkawi 070

langkawi 098

Jalan Dang Wangi dekat Langkawi? Watdefak!

 

Tulah kan, kalau setakat kereta kabel dekat Genting itu aku tak hairan lah hehehehehe:)

Thursday, June 11, 2009

three chords and the truth

A

aku bukan pelari jarak jauh
mahupun jarak dekat
yang teguh pendiriannya
ingin jejak garisan penamat
cita-cita sebegini
bikin aku penat


D

tetapi aku tetap juga
mengikut rentak perlahan mu
yang kadangkala kelihatan
seperti tiada arah tuju
dan sesekali aku memacu langkah
laju dan lebih laju
supaya aku dapat lebih dekat
denganmu


G

aku
tercungap mencari ruang
untuk bernafas
di hati itu

Monday, June 8, 2009

poetically pathetic nenek kau!!!

Suatu petang di sebuah gerai cendol di sebuah pekan kecil di sebuah daerah kecil di sebuah negeri bernama Perlis Darul Sunnah...

Omak: Ha, ha, ada! Dah jumpa!!! (berkata dengan penuh teruja setelah berjaya menemui
kacang merah dalam semangkuk cendol yang paling tidak sedap dalam dunia)

Apak: Berapa dik?

Akak kedai: semangkuk dua ringgit setengah aje....

Aku: woi mahalnya! Kapitalis!

Diknon: ish, akak kau ni bodohlah!


Omak ada kerja di Langkawi. Mengenangkan aku sudah hampa kerana tidak dapat pergi ke
joget lambak di Cherating hari itu, Apak membuat keputusan untuk jalan-jalan di Langkawi bersama-sama dengan Diknon sekali. Si Gemok tidak dapat ikut sama kerana harus kerja.


Setelah sampai di Langkawi, kami anak-beranak mencari tempat makan malam. Kedai makan tersebut tidak jauh daripada tempat penginapan kami. Apak mahu makan ikan bakar setelah melihat lambakan ikan laut segar di atas meja. Namun kedai tersebut tidak tahu membakar ikan. Sebaliknya, hanya kari ikan dan ikan goreng sahaja yang bisa dibikin oleh mereka. Apak pilih ikan apa entah namanya untuk dibuat kari dan beberapa ekor ikan kembung untuk digoreng kunyit. Apak juga ambil tumbuh-tumbuhan hijau yang bagus untuk kesihatan tetapi tidak disentuh langsung oleh aku dan Diknon. Makan malam tersebut sangat ringkas, namun itu merupakan antara makanan paling sedap pernah aku rasa sepanjang aku hidup.


Menjelang tengah malam, seperti biasa aku keluar dating dengan Diknon. Kami makan roti canai di hadapan Markas Pas, bersaksikan bulan penuh. Suasana tersebut sangat sempurna dan roti canainya juga sangat sedap dan harganya tidak melayakkannya menjadi produk kapitalis.



Pulang ke tempat penginapan kami, aku semakin pasti bahawa aku merupakan seorang perempuan yang sangat pathetic.

Keyakinan tersebut semakin kukuh apabila aku teringat bahawa setiap momen romantis yang eksentrik dan setiap momen romantis yang ketinggalan zaman, aku lalui dengan Diknon, adik aku sendiri....

Bukan dengan Fahmi...

Bukan juga dengan anak lelaki Pakcik Ramli...

Saturday, June 6, 2009

joget lambak

degup hati saingi bunyi yang bergema
bergegar ruang sekangkang kera
progresi dari fret ke fret tali ke tali
yang tergoncang adalah jiwa dan minda
muda mudi genggam erat lima jari
kepal tinju angkat tinggi-tinggi
profaniti demi profaniti berisi iringi ideologi
mari menyanyi menuju ekstasi
rancak irama tajam idea oh hampir orgasma
jangan!
jangan tutup telinga!



ini bukan hiburan murahan
semoga apa yang kau carutkan
hari ini
bakal kau budayakan
nanti

Friday, June 5, 2009

madah berhelah 2


"kita janganlah menghisap susu ibu tergantung...sebaliknya kita hendaklah berniaga burger sendiri..."

-Bapak Memen







"dah kasi betis, nak peha! dah kasi peha, nak cipap!"

-Mek Jah rumah sebelah







"jhalan-jhalan nhaik phajhero, hisaph marlbhiro!"

-manusia misteri






Pengajaran disebalik kata-kata ini adalah seperti berikut:
1) kita janganlah terlalu bergantung pada orang lain dan kita hendaklah berusaha
sendiri
2) kita janganlah mengambil kesempatan atas perbuatan baik orang lain terhadap
kita
3) merokok menyebabkan penyakit gangren dan ya, penyakit gangren bukanlah
penyakit bengkak gusi



wasalamun...

Tuesday, June 2, 2009

road signs and hcpunk songs

Sekali-sekala bila aku overdose cendol atau air batu, aku akan diserang lelah.

Aku diserang lelah justeru hari minggu yang lepas aku tidak keluar rumah. Lantaran itu aku terlepas acara yang gilang-gemilang.

Acara tersebut ialah baca puisi di Shah Alam. Dave Ghrol menghantar pesanan ringkas padaku. Kata beliau, acara itu sangat menarik.

Pada hari Isnin, aku, Mek Rina dan dua orang lagi rakan sekolahnya pergi ke subang untuk berbincang mengenai projek sekolah mereka. Walaupun aku tidak sehat, aku ikut juga Mek Rina kerana Mek Rina mahu berbincang dengan Ian Curtis. Kata Mek Rina, Ian Curtis pernah lepak beberapa kali dengan aku jadi nanti, tidaklah dia segan untuk berbincang soal projek itu. Aku angguk sahaja.

Ya, kami orang kampung tuan-tuan dan puan-puan. Masakan tidak, dua jam telah dihabiskan untuk perjalanan ke subang semata-mata. Kami sesat sampai kinrara, mencari lorong pusingan U sampai sepuluh kilometer dan kami tidak juga jumpa mana-mana balai bomba. Kami tiba di pjs dan bermati-matian yakin bahawa tempat tersebut ialah ss15. Ya, kami memang tidak cool kerana tidak lepak di subang.

Setelah sampai, kami berurusan dengan sekumpulan artis dari subang. Aku diam sahaja sebab lagu mereka pun aku tidak pernah dengar.

Kemudian kami berurusan dengan Ian Curtis. Ian Curtis ingin membantu, tetapi dia juga berat hati mengenangkan beberapa perkara. Sedari awal lagi aku sudah tahu, kugiran-kugiran yang aku suka tidak akan main pakai minus one. Kasihan Mek Rina. Dia benar-benar mahu berjoget lambak, tetapi keadaan ekonomi sekarang langsung tidak mengizinkan.


Ian Curtis beritahu aku bahawasanya joget lambak di Cherating sangat meriah. Pada saat itu, hati kecil aku mencarut dan memaki hamun pengetua sekolah diknon...