Friday, May 29, 2009

aku benci~benci~pada diri mu~~~

Semalam Dave Ghrol datang rumah aku. Dave Ghrol amat kagum dengan peningkatan kerja projek cameron highland mini yang tidak ditaja oleh Mara itu. Seperti juga aku, Dave Ghrol juga tidak suka dengan pokok-pokok bunga dan beliau menyuruh aku memujuk Apak supaya menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. "Buat apa tanam benda yang tak boleh dimakan?" kata Dave Ghrol padaku. Kami menghabiskan masa berbual-bual di bawah bumbung rumah aku sambil minum air kordial limau kasturi yang tidak sedap. Setelah menghabiskan masa bersama-sama, Dave Ghrol berangkat menaiki skuternya. Setelah itu Omak pulang dari kerja.

Omak tidak sihat. Barangkali Atok telah memindahkan kuman kepada Omak sewaktu Atok bertandang ke rumah aku tempoh hari. Atok bertandang untuk berbincang hal ehwal sepupu aku yang mau menikah. Atok juga rajin berjalan untuk mencari barang-barang hantaran. Sampaikan "The foot the sick," omel Atok. Maksudnya, 'Atok sakit kaki'.

"Apak, ayuh ke Cherating cuti ini!" kata aku. "Nak buat apa dekat Cherating?" tanya Apak pula.
"Ada laut!" kata aku. Sebenarnya aku mahu ke show di Cherating, seperti di Terengganu dulu.
"Best jugak, boleh memancing! Tapi tak bolehlah...Adik tak balik!" kata Apak lagi. Aku kecewa.

Diknon tidak boleh pulang untuk cuti sekolah ini kerana sekolahnya akan menganjurkan program ilmiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk 'melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek bla bla bla...' Pegilah mampos!

Dave Ghrol telefon aku. Beliau tanya kalau-kalau aku lapar, beliau ingin membungkuskan Nasi Lemak Mus yang luar biasa enak. Aku kata tidak apa, aku sudah kenyang. Aku masuk ke dapur dan mendapati Gemok sedang bermain PS3. Aku lihat ada kesan kopi tumpah atas karpet. Aku berjalan menuju ke bakul pakaian kotor dan mendapati t-shirt mansuhkan ISA dan t-shirt Kah Roe Shi aku yang berwarna putih suci sudah lencun dengan kesan kotoran air kopi...

PUKIMAK LA KAN!!!

Aku lantas berlari ke arah konsul permainan si Gemok lalu mencabut semua wayar sehingga aku terkena kejutan elektrik seketika kemudian aku berlari ke luar rumah dan menghempaskan konsul tersebut ke atas simen sehingga habis berderai mesin kapitalis itu dan aku lompat-lompat pula atas serpihan konsul itu sehingga tiada lagi cebisan yang dapat diselamatkan hilang semuanya lenyap daripada muka bumi ini dan kalaupun ada cebisan yang tertinggal semuanya bersaiz mikro mini tidak bisa dicantumkan lagi....PS3 itu sudah mati.............




Kemudian

Aku masuk ke rumah

dan mendapati

Si Gemok masih leka bermain PS3 nya itu...

Wednesday, May 27, 2009

pembodohan

alif
idea romantik yang eksentrik
misalnya makan cendol dalam hujan
menikmati waktu senja di sepanjang sungai kelang
tapi kita tak pernah bercinta
justeru aku tak boleh menyalahkan tuhan
bila kemanisannya hilang

ba
hari ini aku bersendirian lagi
menyanyi dalam hati
iringi Orkes Pasar Seni
entah mengapa
komposisi G A D
menjadi gubahan yang paling sedih

ta
tak cukup tambang
menapak akan memakan masa
hari ini aku sangat berharap
aku bisa terbang
kota ini tak ada peta
papan penunjuk arah sudah dicuri orang
lampu isyarat belum dibaiki
yang tinggal hanya destinasi dan ruang
pejalan kaki

ya
jalan terus, atas lagi, jangan belok-belok
aku sesat sayang
kau tak ada di hujung simpang itu

sayang?
tapi kita tak pernah bercinta

malang sekali
kalau aku tak bisa cari jalan pulang
k e p a d a m u

Sunday, May 24, 2009

you cant put your arms around memory

Malam itu Bob tidak dapat tidur. Udara terasa padat, menyesakkan. Bahang malam begitu menggigit. Bob mencapai gitarnya yang sudah lari tiun. Bob tulis lagu. Bob selak langsir biliknya, meninjau-ninjau kalau-kalau kelip-kelip datang singgah. Tetapi tiada siapa di sebalik jendela.
Kelip-kelip tidak datang malam itu, begitu juga pada malam-malam sebelumnya.

Bob capai spek mata...

Bob turun tangga...

Bob masuk dapur lalu masak nasi goreng sardin...

Bob buka televisen lalu nonton cerita P Ramlee...

Adakah Bob tutup dapur gas setelah selesai masak nasi goreng sardin yang luar biasa enak itu?

Friday, May 22, 2009

..................???????????....................

setiap huruf

setiap kata

setiap rima

hilang
tak ada
kau ambil semuanya



kau warnakan hidupku hitam dan putih

kau sumbangkan lagu-lagu

aku tak pernah marah

bila kau buat semua itu

tetapi sekarang sudah melampau

kacau

kau bikin aku separa sasau



setiap huruf, setiap kata, setiap rima

pulangkan itu semua

yang kau miliki hanyalah sekeping hati

ya-sekeping hati

bukannya inspirasi

Thursday, May 21, 2009

inche mahmud yang bajet kul

ada seorang lelaki, inche mahmud nama diberi. inche mahmud seorang yang sangat perasan hebat kerana setelah bertahun-tahun hidup melawan rakyat-rakyat yang subversif, inche mahmud masih mampu mengekalkan kesihatannya. inche mahmud juga percaya bahawa pelangi ada tujuh warna.

pada suatu malam, inche mahmud bermimpi...
dia bermimpi budak perempuan yang tidak cantik dan memerlukan beberapa sesi lipo mendapat purata gred 3.43 untuk semester kedua pengajian kursus pra udang-udang. inche mahmud terus mencerca hina kerana baginya kursus pra udang-udang tidak men-Jamin masa depan.
inche mahmud juga bermimpi, dia tertembak seorang tan sri yang selalu diampu olehnya atas tujuan bisnes. tan sri itu mati akibat dibedil senapang gajah milik inche mahmud. ya, inche mahmud itu status conscious orangnya, percaya pada kronisme dan dia merasakan dia seorang intelektual walaupun belajar setakat SRP. dalam mimpi inche mahmud juga, inche mahmud diserang pokok rambutan yang ditebangnya suatu ketika dahulu. pokok rambutan berkata,
"kau ni bajet hebat ya, rasakan libasan kegelapan dahan rambutan!!!" inche mahmud menjerit lalu terjaga...

inche mahmud bergegas keluar rumah. inche mahmud menghela nafas lega apabila mendapati pelangi masih berwarna-warni...

"hai awal awak bangun harini? baru pukul 5 pagi!" tempik isteri inche mahmud dari jendela.

tidak!!!!

ada seorang lelaki, inche mahmud nama diberi.

Wednesday, May 20, 2009

'dunia sedang berganti rupa', tapi aku tetap sama...

Semalam. Bersiar-siar ke seven E Ideal Heights bersama Mek Jah dan Mek Rina. Mek Jah turun, aku dan Mek Rina malas berganjak. Lebih selesa begitu, layan lagu kuat-kuat sampai beberapa orang budak Tahfiz mempamerkan riak wajah tidak puas hati.

"Woi fuck! Lu nampak tak apa yang gua nampak?!"

Mestilah nampak...

"Woi jodoh sial!!!"

Jodoh kepala otak kau...

Aku cuba yakinkan mereka bahawasanya jantung aku yang rancak bergendang itu adalah disebabkan oleh irama Internationale yang sedang terpasang. Kuat sangat sampai gema lagu meresap menyusup dalam hati aku.

Tapi diorang sikit pun tak percaya...

Lima tahun sudah berlalu, cukup-cukuplah tu...

Banyak benda dah berubah dalam masa lima tahun...Aku tak lagi diserang panik bila tertinggal spek sebab itu beerti aku tidak boleh mengintai dia dari sebalik kaca surih itu...Oh tidak lagi! Aku juga tidak lagi marah pada Apak kerana tidak memberi izin aku menghadiri majlis joget lambak sekolah sehingga aku terlepas peluang untuk pakai lawa-lawa dan mengorat dia...Oh tidak lagi!

Lagu Internationale sudah tamat...

Dia sudah pergi...

Aku masih di situ...

Memandang dari jauh seperti lima tahun yang dahulu...

Sunday, May 17, 2009

yang kucinta padamu~yang kusayang pada~mu~

bolehkah kiranya aku ingin hidup
dalam lingkaran kemungkinan
semata-mata?
ya, seperti dalam movie
ber-kalau dan ber-barangkali
boleh jadi ubat yang berkesan
tak ada alergi
tak ada sakit hati



malam-malam aku habiskan dengan mencari
skor muzik, runut bunyi, OST,
cerita kita
lagu-lagu punk jiwang
undeclinable ambuscade-your hands
aku dendang dalam hati
barangkali kau mau ciptaan
yang lebih memihak kepada luka kau
dan bukan tentang luka aku
adakah lagu seperti itu?



kalau mau bikin dokumentari
filem ini takkan ada scene kau dan aku
makan laksa bawah payung
di pasar malam hari rabu
takkan ada babak kita menatap senja
dari belakang bangunan sultan abdul samad
hamis sungai kelang dan pengemis kota
jadi saksi
kau dan aku yang tak akan menjadi






sejak hati aku, kau buat harta
perlahan-lahan aku siap sedia
untuk jadi alternate ending kisah cinta
kau dan dia

Friday, May 15, 2009

return to me? yalah, kalau tak dekat sape lagi?!

kau bilang kau balik sepuluh haribulan...

hari ini sudah hari apa setan?!

lekas ke mari, bawa gitar dan pencuci mulut sekali

kita bertemu janji

di bawah pokok rambutan...

Thursday, May 14, 2009

daughters

scene 1:

Hari itu harijadi Apak. Memandangkan aku seorang perempuan yang miskin harta tetapi kaya budi pekerti, aku sekadar menemani Omak mencari hadiah harijadi Apak di pusat membeli belah terkemuka Selayang Mall. Sedang aku dan Omak membelek-belek selipar di sebuah kedai kasut, aku terpandang seorang brader yang sedang membelek boot bola bersama dengan seorang rakannya. Sekaligus, darahku berderau, jantungku berdegup pantas, fikiranku kosong seketika kerana yang aku lihat ketika itu tidak lain tidak bukan seorang lelaki bernama Kahar. Untuk pengetahuan anda, Kahar merupakan abang paling indah, menawan, dan luar biasa kacak di kawasan perumahan aku. Tambahan pula, kehebatannya bermain bola sepak menjadikan dia menantu idaman setiap suri rumah di kawasan perumahan itu. Aku berpura-pura tidak perasan akan kehadirannya di kedai itu. Hatiku kacau.
Setelah keluar dari kedai kasut itu, aku katakan pada Omak bahawasanya lelaki kacak di dalam kedai kasut itu ialah Kahar. Omak lantas berkata,
"Lah kenapa tak cakap awal-awal...Kalau tak Mak dah tegur tadi, 'eh, kahar! Dah besar Kahar sekarang ye!'..."
Aku geleng kepala. Barangkali Omak sudah lupa, semenjak peristiwa hitam itu, kami tidak lagi bertegur sapa. Ya, peristiwa hitam itu telah mengubah hubungan antara jiran tetangga. Peristiwa hitam itu masih menghantui sebahagian daripada kami sampailah ke hari ini.


Flashbek:

Sangkaku petang itu sama seperti petang-petang sebelumnya. Namun ternyata aku silap. Kebanyakan budak-budak minor (bawah umur) di kawasan perumahan itu akan bermain bola bersama-sama termasuklah aku, si Gemok, Diknon, Mek Jah rumah sebelah, kakak kepada Mek Jah rumah sebelah, budak-budak lain yang aku tidak tahu namanya dan juga Kahar. Ya, Kahar pada masa itu belum lagi menjalani proses transformasi dari itik hodoh kepada putera kayangan yang suka muzik grunge. Belum lagi. Masa itu, hingus kami masih belum kering. Jerawat pun belum tumbuh. Sedang kami bermain bola, entah apa silapnya, bola yang ditendang budak yang tidak aku tahu namanya, melantun masuk ke rumah Kahar.
Prang!!!!!!!!!!!!! Bunyi objek pecah bergema. Kami sudah ketakutan. Tiba-tiba bapak Kahar muncul dengan wajah ala Stalin berkain pelekat. Kami lari lintang-pukang. Ya, peristiwa hitam itu masih bermain jelas seperti bioskop di fikiranku. Semenjak hari itu, kami tidak lagi bertegur sapa. Lebih sepuluh tahun berlalu, semua gadis di taman perumahan itu menggigit jari kerana langsung tidak menyangkakan bahawa Kahar telah membesar sebagai seorang lelaki yang indah, menawan dan luar biasa kacak. Ya, peristiwa hitam itu...



scene 2:

Omak menghadiahkan sepasang selipar buat Apak. Si Gemok pula kasi minyak wangi yang dipilih bekas kekasihnya bersama sekeping kad harijadi untuk Apak. Omak mula tidak puas hati kerana pada harijadi Omak, si Gemok tidak menghadiahkan apa-apapun. Omak baca kad harijadi Apak yang diberi si Gemok berulang kali. Barangkali Omak lupa, harijadi Omak tahun lepas, si Gemok hadiahkan minyak wangi yang harganya ratusan ringgit. Cuma tahun ini sahaja si Gemok terlupa. Omak baca lagi kad harijadi Apak, lagi, lagi dan lagi...
"birthday ayah dia kasi kad dengan perfume, birthday mak tak kasi apa pun..."

Aku bersandar pada sofa, memandang hadiah hari ibu yang aku letakkan atas meja di tepi tangga. Posisinya masih sama, langsung tidak berganjak. Pada hari minggu yang lalu, cik Nab telah meyakinkan aku untuk membeli sesuatu di sentral market sempena hari ibu. Sudah ku bilang pada cik Nab yang Omak tidak faham seni. Namun cik Nab tetap berkeras bahawa Omak akan suka dengan pemberianku. Justeru aku beli satu lukisan kartun yang murah dan aku tulis haiku yang berbunyi begini:

as i strut my feet along this time parade
i live and slowly learn
that this affection is infinite

tak tahulah tulisan ni boleh baca ke tidak
selamat hari ibu Omak
daripada akak yang banyak lemak

Hadiah itu masih di tempatnya, tidak berganjak sedikitpun, tanda ianya tidak pernah di sentuh apatah lagi di baca. Omak masih lagi menatap kad harijadi Apak, membebel tentang si Gemok yang terlupa untuk menghadiahkannya apa-apa.
"ala, mak nak bising pasal abang tak kasi hadiah...Orang kasi present mother's day bukannya mak kesah pon..." kata aku.
"Eh ye ke? mane?"
"Tu yang atas meja tu apa?"
"Oh itu ke...Mak ingat ape bende la tu...terima kaseh akak..."

aku lihat sahaja Omak yang masih membaca kad harijadi Apak untuk kali yang entah ke berapa. aku lihat hadiah hari ibu yang aku letakkan atas meja di tepi tangga. Adakah hadiah tahun ini akan menjadi seperti ros merah dua ringgit yang aku beli sewaktu aku darjah tiga dulu?

Omak masih di situ, membaca kad harijadi Apak. Hadiah hari ibu aku masih di situ, tidak disentuh mahupun dibaca, di atas meja di tepi tangga. Malas mahu melayan hati sendiri, aku baring atas sofa, cuba untuk tidur. Memang babi sebab entah mengapa pada saat-saat begitu, mataku tak mahu pejam...

terima kasih?
ya, sama-sama...
kasih di terima...

Sunday, May 10, 2009

can't seem to make you mine...

kau
datang-pergi-masuk-keluar-rapat-jauh-hinggap-terbang-belayar-berlabuh-muncul-hilang


barangkali hidup aku kelihatan seperti
Pintu Suka Hati
yang konvinien bila kau terluka
yang amat membantu bila kau bernafsu
yang sentiasa evelebel bila kau dilanda sunyi


barangkali kerana itu
luka aku takkan dapat sembuh


barangkali aku perempuan bodoh
kerana tetap mahu cuba dan terus cuba
untuk mengubati kau
kau-pemilik tunggal sekeping hati
yang tamat tempoh
sekeping hati yang melepasi tarikh ekspairi
tak lagi berfungsi


barangkali aku juga harus jadi seperti kau
datang-pergi-masuk-keluar-rapat-jauh-hinggap-terbang-berlayar-berlabuh-muncul-hilang
Pintu Suka Hati!
Pintu Suka Hati!
Pintu Suka Hati?
mengapa terkunci?

Friday, May 8, 2009

memori daun pisang 3

Efek bunyi filem itu langsung tidak menenggelamkan suara presiden berseru:
"Sudahlah rumah besar! duduk dua orang! makan spageti pula tu!"

Spageti? Spageti yang berkuah putih itu adalah satu keajaiban. Yalah, siapa sangka, setelah
ianya diperasakan dengan sebotol lada sulah, ianya masih kekal enak. Nadu sangkakan botol lada
sulah itu ialah cendawan yang telah dipotong. Pendapat bahawa seorang manusia normal tidak
akan tersilap pandang antara sebotol lada sulah dan semangkuk cendawan harus disangkal. Hal ini dapat dibuktikan dengan kecelaruan Chris yang menyangka bahawa sayur kacang panjang ialah sayur kangkung. Manusia sering tersalah nampak ya.

Aku kasihan pada Zura yang harus mengurangkan carutannya dan juga pada Hanna yang harus pulang awal, tanpa sempat bermain tinju dengan budak bawah umur itu...

Dan sesungguhnya bukan semua manusia yang gemar bercakap seorang diri memerlukan bantuan psikologi. Bercakap seorang diri tidak harus dijadikan kayu ukuran bahawa seseorang itu seorang pembunuh. Malangnya pendapat ini disangkal dengan aliran pemikiran Yasminisme atau Yasm, atau Yasmisme yang berbunyi, "how would we know?"

Itulah, 'how would we know' kalau puding karamel buatan Mahirah sedap kerana dia tidak menggunakan perkakas dapur elektrik ketika memasaknya....

How would we know, kalau rupa bentuk telinga patung babi yang dipegang Mira tidak menggambarkan bentuk telinga babi yang sebenar...

How would we know, kalau dua orang budak bawah umur yang pandai bercakap orang putih itu tidak faham akan profaniti yang dilafaz oleh Zura...

Hanya satu misteri yang tidak dapat dirungkai oleh Yasminismeisme iaitu, apakah motif pakcik misteri itu memberikan Nadu sebiji buah betik yang berbentuk pelik?

Apa rasanya buah betik yang berbentuk pelik itu?

Wednesday, May 6, 2009

hitam itu menawan...hitam, kegemaranku...




Who rob life of its quality


Who render rage a necessity

.....


and they call it democracy...


- Bruce Cockburn


Tuesday, May 5, 2009

8 full hours of sleep...Tom, that aint enough dude!!!



aku mau tidur

tidur itu prioriti

kerana kebahagiaan

hanya wujud

dalam mimpi

Sunday, May 3, 2009

rumah terbakar panggil bomba

"someday i'll feel no pain...

They'll take away the part that hurts

And let the rest remain

fix me

fix my head please i don't want to be dead"

-bendera hitam

Saturday, May 2, 2009

drugs dont work, they just make you worse but i know i'll see your face again...

(catan 'Wajah' daripada artis Indonesia bernama Eddy Sulistyo)




yang aku ingin padam
yang aku ingin buang
ialah perca-perca wajahnya
tapi butang 'delete' tak berfungsi
pusat pelupusan sampah
sudah tidak boleh menampung
beban hati
macam mana ya?
bila aku tutup mata aku tetap nampak
barangkali komposisi wajahnya
adalah daripada bahan-bahan
glow in the dark?

Friday, May 1, 2009

a wrapped heart inside the generator room

"untuk sebentar atau sementara pun tak mengapa...
duduk dulu di sisiku..."

"aku harus pergi...dia sedang menanti..."


aku mau jadi pilihan kedua
untuk kau saorang sahaja...

"apa kau kata?"

"tak ada apa-apa..."